Ketika mendekorasi taman, pastinya kita akan lebih fokus kepada tanaman hiasan atau pokok bunga sebagai pelengkap utama. Namun, ada faktor lain yang boleh membuatkan dekorasi tanaman tampak lebih menarik dengan penggunaan stepping stones.
Stepping stones adalah batu pijak yang diperbuat daripada simen atau batu sungai yang digunakan untuk hiasan sudut rumah dan jejak halaman rumah. Fungsi lain stepping stones juga adalah untuk menjaga rumput supaya tidak dipijak dan menghindari kaki daripada terkena lopakan air atau becak.
Bagaimanakah caranya untuk menghasilkan stepping stones dengan elemen tambahan daripada daun dengan kos bawah RM20?
Pertama sekali, hasilkan acuan stepping stone berukuran 1kaki x 1kaki. Gunakan kayu sahaja sudah memadai.
Kemudian sediakan campuran simen dengan pasir.
Bancuh sehingga ia sesuai dan sedia untuk dituangkan kedalam acuan yang telah disediakan tadi.
Sapukan sedikit minyak hitam dibahagian dalam acuan. Sapu keliling sehingga selesai. Ini bagi menghalang simen daripada melekat pada kayu dan sukar untuk ditanggalkan setelah kering nanti.
Tuang bancuhan simen sebanyak 3/4 bahagian kemudian letakkan dua batang besi. Tujuan besi untuk mengukuhkan stepping stone agar tidak cepat pecah apabila dipijak. Kemudian tuang lagi bancuhan simen sehingga memenuhi acuan dan melitupi batang besi tadi.
Kemudian ambil daun pokok yang terdapat disekeliling anda atau apa saja mengikut citarasa.
Keringkan dalam tempoh 24 jam dan tanggalkan acuan setelah selesai. Kini laman anda lebih berseri dengan stepping stones acuan bunga yang terlajak bajet!
Siakapkeli.my
Sumber: Impiana

0 comments
Post a Comment