Wednesday, February 7, 2018

(Gambar) Sarawak Kini Menangis, Banjir Buruk, Tanah Runtuh Dan Jalan Terputus Hubungan, Mangsa Terlibat Kini Lebih 5,000 Orang


7 Feb - Negeri Sarawak ketika ini diberitakan sedang mengalami banjir yang buruk dan keadaan semasa tidak menunjukkan tanda-tanda untuk reda. Malah, dijangka keadaan bakal menjadi lebih buruk selepas ini.

Menurut gambar-gambar yang disiarkan melalui laman Facebook Kamek Miak Sarawak, banyak kawasan-kawasan telah ditelenggami air dan terlalu banyak mangsa yang telah dipindahkan ke kawasan perpindahan sementara.

Menurut Kamek Miak Sarawak lagi, rakyat Sarawak mengharapkan liputan meluas dapat dibuat oleh stesen-stesen televisyen di Malaysia.


Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak juga melaporkan, hampir 43 buah sekolah di kebanyakkan kawasan juga telah ditutup akibat ditelenggami air. Sehingga artikel ini ditulis, memetik laporan dari Astro Awani mangsa banjir di Sarawak sudah mencecah 5,000 orang dan melibatkan lebih 500 keluarga.

Banjir yang melanda Sarawak sejak beberapa hari lalu turut menenggelamkan beberapa laluan utama, termasuk Jalan Persekutuan menghubungkan wilayah selatan ke utara negeri ini.

Menteri Kerjaraya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata pihaknya memantau rapi situasi banjir di negeri ini, dengan ada di antara laluan terjejas turut membabitkan jajaran Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak.

"Kita menasihatkan semua pengguna jalanraya agar lebih berhati-hati ketika melalui lokasi banjir ini, dan perlu sentiasa peka terhadap papan tanda amaran penunjuk arah sebagai langkah keselamatan.

"Malah, pengguna lalulintas juga dinasihatkan menggunakan laluan alternatif berhampiran kawasan masing-masing bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.




Katanya, pihak kontraktor dan pasukan pengurusan trafik sentiasa diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan, malah bersedia membuka semula laluan terjejas selepas banjir surut.

Sementara itu, laluan menghubungkan Sibu - Bintulu berhampiran Sungai Arip, di sini ditenggelami banjir sedalam 1.2 meter lewat petang tadi berikutan hujan lebat yang berterusan sejak pagi.

Malah, laluan berkenaan ditutup kepada semua lalu lintas atas faktor keselamatan, termasuk arus banjir yang deras.

















Siakapkeli.my

0 comments

Post a Comment