Masalah longkang dan sinki tersumbat di rumah mesti selalu dihadapi oleh semua. Kadang bahagian sinki sahaja tersumbat, tetapi ada lebih teruk hinggakan longkang juga turut mengalami masalah yang sama. Dah cuba bermacam cara, tapi tetap sama. Sudahnya, terpaksa panggil tukang paip untuk kerja pembaikan. Duit pon melayang ye tak?
Bertenang, sebenarnya ada cara mudah untuk anda mengatasi masalah sinki atau pun longkang yang tersumbat di rumah anda. Mudah je, tak perlu modal yang banyak pun, beli je tiga barang ini dan ikut langkah yang betul, dah selesai masalah anda.
Tips yang dikongsikan oleh Damia Hannah menerusi laman facebook ini boleh dijadikan panduan untuk anda semua. Terutamanya untuk para ibu, dah boleh "repair sendiri" longkang atau sinki tersumbat di rumah.
Jom kita ikuti tips seperti di bawah ini. Semoga bermanfaat untuk semua.
Salam semua.. ok nak tunjuk resepi masakan baru berasaskn 3 bahan ... hehe gurau naaaa..... ni skill kita pompuan2 nak settle kan masalah longkang atau saluran air TSUMBAT tahap makhluk asing mnguasai ... senang je. Tengok caption and selamat MENCUBA!!!
SALUR AIR BILIK AIR AKAK TERSUMBAT BARU2 NI.. DAH DEKAT 4 HARI TAU?? then tingat la dulu pernah wat skill ni.. tapi sebelum tu tak confident sebab dulu tak truk cmni. Yang ni blok habis sinki yg alirannya sekali (ikut teori akak jela hehe) . Longkang luar tu pun sumbat. Adeh tak sanggup haku .. Sebelum ni akak dah pernah la tunjuk skill ni tapi takde video... now dapatla buat testimoni lagi sekali ..
JADI OLEH SEBAB TERLALU TERUK AKAK BELI 2 BAKING soda! Hambik... siap la. SO BELI JE KAT SPEEDMART NI.... TAK SAMPAI 10 HINGGIT...
Caranya :
1) Tuang baking soda tu.. dengan penuh kasih syg and kesungguhan... sambil berdoa semoga urusan jalan lancar...
2) Then msukkn pulak cuka. Tgok kemeluapannya haha... tgu jap 5 min.
3) Masa ni sy off on video pegi ambil air panas n curah air panas yg baru pas menggelegak tu.... ! Pastikan panas tahap mggigil nk bawak tau.. akak tak dpt amik pic tengah curah ayaq panaih sebab tgn akak dua je.. tak kan guna kaki lak...sorry.
4) Dan SABAR tunggu .. akak punya proses ambik masa 1/2 jam lbih. (Sempat g solat masa ni) selesai solat dengar2 bunyi gelegak and air down serta merta, TAK SEMPAT AMIK VIDEO..
OK PENTING!! JGN EXPECT KORANG DPT HASIL IMMEDIATELY TAU.. tunggu dalam 1/2 jam.. sat g akan kedengaran seakan bunyi kahak pekat dikeluarkan.
Ni lepas 1/2 jam 15 minit... semua dah gone forever hehe.
SEBELUM...
0 comments
Post a Comment