7 Feb - Sebagai ibu bapa, sudah menjadi tanggungjawab anda bagi memastikan kebersihan anak-anak kecil. Bukan sahaja kebersihan badan, malah kebersihan mulut juga harus dititik beratkan.
Sesetengah ibu bapa mungkin keliru sama ada ingin menggunakan ubat gigi yang mana sesuai untuk anak-anak. Di pasaran terdapat dua jenis ubat gigi iaitu ubat gigi dengan fluoride dan ubat gigi tanpa fluoride.
Seorang pengguna Facebook, Dr Izaza Md Zan yang juga doktor gigi telah berkongsi tips untuk memilih ubat gigi yang sesuai untuk anak-anak.
Menurut beliau, untuk kanak-kanak 2 hingga 4 tahun yang masih belum pandai meludah atau berkumur, lebih sesuai menggunakan ubat gigi yang tidak mengandungi fluoride.
Manakala, bagi anak yang berusia 4 hingga 6 tahun yang sudah pandai berkumur atau meludah, boleh memilih ubat gigi yang mengandungi fluoride.
Jom ikuti perkongsian Dr Izaa tentang penggunaan ubat gigi yang sesuai untuk anak-anak anda. Semoga bermanfaat.
DR yang mana satu yang betul, guna ubat gigi ada fluoride atau tak ada fluoride ? Sebab ada DR bagitau kena pakai ubat gigi yang berfluoride
Macam ni, ubat gigi kanak-kanak kebanyakkannya memang ada fluoride, tapi kandungan fluoride pada ubat gigi kanak-kanak tak sama macam kandungan fluoride ubat gigi dewasa
Nak pakai yang mana satu bergantung pada keadaan anak-anak. Kalau anak 2 tahun sehingga 4 tahun, biasanya masih tak pandai meludah atau berkumur
Jadi, bagi anak-anak yang masih TAK PANDAI MELUDAH atau berkumur, Dr Iza sarankan guna ubat gigi TANPA FLUORIDE
Sebab, anak-anak kecil ni selalunya akan telan buih ubat gigi ataupun ubat gigi semasa berus gigi. Bila tertelan tiap-tiap hari, tak bagus untuk kesihatan dan juga untuk gigi anak-anak
Tapi, kalau anak-anak pada usia 4 tahun sehingga 6 tahun dah PANDAI MELUDAH dan berkumur, tak salah kalau mak ayah nak bagi ubat gigi yang ada fluoride
Fluoride memang bagus untuk gigi yang sihat dan kuat. Kalau tak ada ubat gigi yang ada fluoride, masih boleh guna ubat gigi tanpa fluoride sebab masih lagi gigi susu
Ubat gigi ada fluoride disarankan mula digunakan bila anak dah mula ada gigi kekal. Gigi kekal perlu ada extra mineral untuk kekal sihat dan kuat.
KEYWORD, pandai meludah dan berkumur BOLEH guna ubat gigi kanak-kanak yang berfluoride. Paling penting sekali, cara berus gigi kena betul dan efektif.
Tak guna pun kalau pakai ubat gigi ada fluoride atau tak ada fluoride kalau cara berus gigi salah dan tak bersih, setuju ? - Siakapkeli.my

0 comments
Post a Comment