Jek Kereta Sekadar Hiasan |
Mangsa yang berusia 41 tahun itu dikatakan telah dipelawa oleh seorang remaja untuk menaiki keretanya ketika dalam perjalanan pulang.
Namun, peristiwa itu bertukar menjadi tragedi apabila remaja tersebut bertindak memperkosa mangsa dengan kejam.
Tidak cukup dengan itu, suspek dipercayai menyumbat jek kereta ke dalam kemaluan mangsa sehingga ke perut sebelum mengembangkannya.
Wanita itu dibiarkan dalam keadaan separuh mati di dalam kereta tersebut sebelum ditemui oleh orang ramai yang kemudian menghubungi pasukan perubatan.
Menurut rakan mangsa, Nadezha, mangsa kehilangan lebih tiga liter darah. dan ditemui di bahagian tempat duduk belakang.
“Kelangkangnya koyak. Dia ditinggalkan untuk mati di dalam kereta. Doktor melakukan pembedahan sepanjang malam bagi menyelamatkan nyawanya dan dua kali berjaya menyedarkannya sebelum dia pergi buat selamanya” kongsi Nadezhda dalam nada sedih.

Suspek berjaya diberkas pihak berkuasa tidak lama selepas itu dan ketika disoal siasat remaja tersebut mengaku perbuatan kejamnya itu.
Mendiang meninggalkan seorang anak perempuan berusia 13 tahun dan seorang anak lelaki berumur 11 tahun. - Siakapkeli.my
0 comments
Post a Comment