Home /
Safe /
Semasa /
Viral /
Main Game Traveloka Fly & Win! Ala-Ala 'Flappy Bird', Siapa Terbang Paling Jauh Bakal Dibawa Terbang Ke Seoul, Phuket Dan Langkawi
Sunday, February 11, 2018
Main Game Traveloka Fly & Win! Ala-Ala 'Flappy Bird', Siapa Terbang Paling Jauh Bakal Dibawa Terbang Ke Seoul, Phuket Dan Langkawi
Date - February 11, 2018
Safe
Semasa
Viral
Tahun Baru Cina 2018 akan menjelma tidak lama lagi, ramai antara rakyat Malaysia tidak kira bangsa pasti akan memilih tarikh berkenaan untuk bercuti, jadi dikesempatan itu pihak Traveloka Malaysia mahu memeriahkan lagi sambutan tahun anjing ini dengan menampilkan permainan interaktif terbaru! Traveloka Fly & Win mengangkat konsep permainan yang dahulu pernah menjadi buah mulut seluruh dunia, Flappy Bird.
Dengan permianna yang berkonsepkan pengembaraan untuk melepasi halangan yang ada sesuatu yang menyeronokkan. Permianan Traveloka Fly & Win ini mungkin masih baru, namun kini kita boleh lihat ramai orang telah melekat dengan telefon atau laptopnya bermian game ini kerana hadiah lumayan yang ditawarkannya.
Bestkan, bayangkan dengan main game ini sahaja, boleh berpeluang melancong ke Seoul, Korea, Phuket, Thailand dan Langkawi, nak cari mana lagi, main game percuma, tapi dapat hadiah lumayan.
Jom kita lihat sedeikit interface game ini.
Permainan ini boleh dimainkan di kedua desktop dan telefon bimbit, jadi, semua orang boleh main di mana-mana sahaja, hadiahnya sudah pasti lumayan, kena sangat-sangat dengan majoriti rakyat Malaysia yang teringin melancong ke Korea.
Kita semua tahu Traveloka memang suka buat promosi dan beri kod kupon untuk hotel dan penerbangan, tapi kali ini, mereka buat sesuatu yang berbeza sedikit. Akhirnya! Asyik promosi benda yang sama, bagus juga kadang-kadang ada kelainan, betul tidak?
Bagaimana kaedah permainannya?
Jika anda pernah bermain permainan video Flappy Bird, maknanya anda sudah tahu bagaimana untuk bermain permainan ini. Dengan berpandukan ketangkasan hujung jari anda, anda perlu memastikan kapal terbang Traveloka tidak berlanggar dengan mana-mana objek yang ada di hadapannya. Jadi, kalau anda nampak bangunan ke, awan ke, belon panas ke, layang-layang ke, burung ke sekalipun, cepat-cepat elak, kalau tidak, hanya tinggal angan-anganlah percutian ke Seoul itu.
Tapi jangan dielakkan pula objek ang pau yang terawang-awang! Itu hadiah lumayan yang akan bantu tambah mata anda berganda-ganda jumlahnya. Jadi, tidak sampai lebam hujung jari anda untuk tekan skrin sampai hendak tembus ke dalam.
Anda jangan risau, berdasarkan cubaan yang telah dilakukan ketika bermain permainan ini, ia tidaklah seteruk Flappy Bird bila bercakap tentang kesukarannya. Flappy Bird memang boleh buat orang sakit jiwa dan tertekan, tapi Traveloka Fly & Win tidak sesakit itu. Anda masih akan berasa tenang di hujung permainan ini. Kalau diikutkan sebenarnya senang juga untuk mengutip mata.
Apabila sudah sampai di penghujung permainan, ini langkah yang penting yang anda perlu lakukan untuk memastikan anda dapat peluang untuk merebut peluang bercuti di Seoul. Anda perlu “Submit” dan “Share” mata anda. Ingat, jangan lupa buat dua benda ini, kalau tidak, tengok Seoul dan Phuket dari kaca TV sahajalah.
Tapi, sebelum anda betul-betul mentaksubkan diri dalam demam Traveloka ini, nasihat saya, lebih baik anda kaji betul-betul setiap terma dan syarat yang disenaraikan. Jangan terlepas pandang satu patah pun! Ini bukan untuk menjadi terlajak dramatik tapi untuk elakkan nanti anda main bagai nak rak, akhirnya tak dikira. Nanti anda juga yang panas.
Bila saya cuba main permainan ini, boleh dikatakan seronok juga sebab teringat kembali dekat zaman-zaman Flappy Bird dan betapa payahnya nak dapatkan 30 mata! Nasib baik permainan ni tak sepayah itu, kalau tidak, jangan kata telefon, dengan laptop sekali boleh buat baling ke luar tingkap. Jangan begitu, ya! Main untuk seronok-seronok, tapi pada masa yang sama, nak kumpul banyak mata sebab nakkan hadiah dia. Siapa nak bayar tiket penerbangan dan hotel ke Seoul, Phuket atau Langkawi? Sementara Traveloka sanggup jadi ATM kita, memang tak perlu tunggu undangan, tengah pulun nak menang ni!
Jom sahut cabaran challenge mata dengan kawan-kawan dan keluarga. Bila tengok player lain main permainan ni dah macam main Counter Strike gamaknya. Fokus mengalahkan bila kerja dekat pejabat. Produktif tahap lain namanya. Jangan sampai kena rampas laptop, telefon dan kena buang kerja sudah. Main dengan berhemah dan selamat maju jaya! Saya akan kirimkan poskad dari Seoul nanti bila saya dah menang~
Share this
Related Articles :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Wanita moden kini semakin berpengetahuan dan ambil tahu akan kepentingan menjaga kesihatan untuk mengelakkan sebarang risiko penyakit membun...
-
Seorang wanita tahun tahun lalu telah menjadi buah mulut netizen melalui media sosial kerana resepi susu pekat manis buatannya sendiri telah...
-
Rata-rata ibu bapa menginginkan yang terbaik buat anak mereka. Namun, atas sebab-sebab tertentu seperti keadaan ekonomi keluarga yang tidak...
0 comments
Post a Comment