Home /
Global /
Safe /
Semasa /
Mangsa Kekejaman Manusia, Monyet Malang Ini Akhirnya Mandi Buat Kali Pertama Selepas 25 Tahun Dikurung Dalam Lubang Kecil
Monday, February 5, 2018
Mangsa Kekejaman Manusia, Monyet Malang Ini Akhirnya Mandi Buat Kali Pertama Selepas 25 Tahun Dikurung Dalam Lubang Kecil
Date - February 05, 2018
Global
Safe
Semasa
Seekor monyet yang dikurung selama 25 tahun dan hanya dipisahkan dengan lubang kecil ini terseksa bersendirian dalam kegelapan oleh manusia yang tidak berperikemanusiaan. Ianya hanya dilepaskan setelah pihak Yayasan Teman Hidupan Liar Thailand (WFFT) menerima e-mel daripada seorang rakyat Bangkok yang prihatin dengan nasib menimpa monyet tersebut.
Hidupnya selama 25 tahun itu hanya semata-mata ruangan lubang kecil yang sangat kotor dan gelap. Berbekalkan sedikit maklumat, sekumpulan pasukan penyelamat daripada WFFT telah pergi ke kawasan perumahan setinggan itu untuk melihat sendiri apa yang berlaku kepada binatang tersebut.
Salah seorang ahli WFFT, Edwin berkata, "saya pernah melihat haiwan yang menderita dikurung selama 17 tahun, tetapi kini saya boleh katakan bahawa kes monyet ini adalah antara kes 10 paling buruk yang berada dalam senarai."
Menurut Edwin lagi, monyet yang dipanggil Joe itu kelihatan lebih teruk apabila berhadapan dengannya berbanding daripada gambar yang diterima mereka sebelum itu. Edwin berkata tempat kurungan Joe lebih layak dipanggil lubang neraka kerana saiznya yang begitu kecil dan sempit serta terletak diantara dua bangunan berukuran kurang daripada 3 kaki panjang. Joe tidak diberi air, dan 'tempat tinggalnya' itu gelap sepenuhnya dengan sedikit cahaya yang keluar daripada wayar besi.
Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat keadaan sarang Joe yang dipenuhi tikus dan sisa pepejal yang terlalu kotor untuk diungkapkan. Bayangkanlah Joe sudah menetap ditempat itu sejak tahun 1991! Ia pastinya mengalami pengalaman yang menakutkan hari demi hari. Setiba di sana, pasukan penyelamat haiwan memulakan kerja pembersihan dan menarik Joe keluar daripada tempat tersebut yang memaksa mereka merangkak kedalam untuk mengeluarkannya.
Edwin berkata, "keadaan Joe amat teruk dan lemah. Ia tidak boleh berjalan dan memanjat kerana tisu ototnya hampir hilang. Keadaan giginya juga teruk kerana masalah kekurangan air." Kisah malang Joe dilihat unik, pemerdagangan hidupan liar di Thailand terutamanya dijalankan secara agresif. Spesis monyet seperti Joe diburu untuk mendapatkan daging, bulu, dan sebagai bahan untuk rawatan tradisional.
WFFT menjadi pertubuhan paling aktif menyelamatkan hidupan liar serta spesies terancam daripada keganasan manusia. Pelbagai situasi dan kes mereka lalui, namun bagi Edwin kisah Joe ini adalah salah satu daripada kisah yang tidak akan dia lupakan.
"Saya menyedari selama bekerja dan tinggal di Thailand, monyet malang ini pasti menunggu setiap hari untuk diselamatkan oleh seseorang. Saya sepatutnya mengetahui hal ini lebih awal."
"Saya malu menjadi manusia yang memperlakukan haiwan sedemikan rupa, tetapi dalam masa yang sama saya bangga menjadi manusia yang boleh melakukan positif menangani kes penderaan haiwan yang amat dahsyat seperti ini."
Namun apa yang paling penting ialah akhirnya Joe dibebaskan. Ia perlu mengambil masa agak lama untuk pulih. Joe mula dilihat lebih gembira dengan habitat barunya serta dapat bergerak bebas selepas berada ditempat yang sempit setelah sekian lama.
"Joe sudah boleh berjalan namun tidak boleh memanjat dan bergerak cergas. Ia terlalu lemah dan tiada pengalaman untuk melakukan sedemikian. Joe juga sudah mandi dan membersihkan dirinya buat kali pertama dengan air bersih serta belajar berkomunikasi dengan kawanan monyet yang lain."
WFFT melaporkan bahawa spesies beruk boleh hidup sehingga 35 tahun, oleh itu mereka sangat berharap agar Joe boleh hidup selama itu dan mengakhiri hidupnya dengan lebih gembira dan sihat.
Siakapkeli.my
Share this
Related Articles :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Wanita moden kini semakin berpengetahuan dan ambil tahu akan kepentingan menjaga kesihatan untuk mengelakkan sebarang risiko penyakit membun...
-
Seorang wanita tahun tahun lalu telah menjadi buah mulut netizen melalui media sosial kerana resepi susu pekat manis buatannya sendiri telah...
-
Rata-rata ibu bapa menginginkan yang terbaik buat anak mereka. Namun, atas sebab-sebab tertentu seperti keadaan ekonomi keluarga yang tidak...
0 comments
Post a Comment