Home /
Safe /
Semasa /
Teknologi /
Viral /
"Kalau Nak Bisnes 'Power', Jangan Buat 5 Kesilapan Ni" - Ketahui Kepentingan Website Sebagai Medium Pemasaran Perniagaan
Wednesday, February 14, 2018
"Kalau Nak Bisnes 'Power', Jangan Buat 5 Kesilapan Ni" - Ketahui Kepentingan Website Sebagai Medium Pemasaran Perniagaan
Date - February 14, 2018
Safe
Semasa
Teknologi
Viral
Setiap usahawan-usahawan yang baru nak memulakan perniagaan harus merancang taktik pemasaran terbaik untuk keuntungan maksima dalam jangka masa yang panjang.
Salah satu taktik pemasaran untuk memperkenalkan atau melariskan produk adalah melalui website. Hidup di tahun 2018 ini segalanya menggunakan teknologi. Bak kata orang zaman sekarang, 'segalanya dihujung jari anda'.
Internet adalah metod utama untuk memperoleh segala maklumat terkini tidak kira dalam apa jua kategori, hiburan, sejarah, malah identiti setiap orang juga akan tertera. Dengan hanya satu klik, segalanya terpapar dihadapan muka.
Perlunya website untuk memulakan perniagaan adalah kerana mudah bagi target market anda
mengetahui dan mempelajari latar belakang syarikat. Ianya lebih mudah, cepat dan fleksible. Tak perlu untuk berurusan dipejabat untuk mengetahui tentang informasi yang diperlukan.
Disini kami kongsikan 5 kesilapan besar para usahawan terhadap pengguaan website melalui posting Facebook milik Rahim Ibrahim, seorang pakar pemasaran digital yang semakin meningkat naik. Semoga perkongsian ini bermanfaat terutama kepada usahawan baru yang ingin mempromosikan produk anda.
Kalau nak bisnes anda nampak power, jangan buat 5 kesilapan website ni..
Ini apa yang saya nampak sepanjang penglibatan saya dalam dunia pemasaran digital sejak 10 tahun yang lalu:
1. Kedekut sangat nak invest duit untuk dapatkan webhosting yang best
Pernah tak kita salam dengan member bisnes yang lain, lepas tu dia hulur bisnes kad.
Fuyyoo bisnes kad dah lawa giler.. UV segala bagai..
Bila bukak website dia.. alamak.. slow giler! Mungkin sebab hosting dia amek yang paling murah..
Saya pernah ditanya kawan kenapa kos untuk hosting sampai beratus setahun..
Saya cakap "Kau nak buat juta-juta, webhosting ratus-ratus pun kedekut?"
Sebenarnya webhosting bukanlah the only reason website anda slow. Tapi ia mungkin faktor utama.
Bila website anda slow giler, Google pun tak suka. Susah bakal pelanggan anda nak jumpa website tu kalau dia google nanti (Search Engine Optimization)
2. Salah pilih nama website (domain name)
Masa nak beli domain name tu dia punya syok sendiri, dia rasa dah habis terer la.
Sekali bila bagitau orang nama website dia, orang tak tau pun macam mana nak eja.
Dulu saya sendiri pernah buat silap ni.. nama website kami Propertyes.com. Apa kerja gila entah kami buat time tu hahaha
Struggle orang nak eja, apatah lagi nak ingat. Website tu pun dah mati.. dibiarkan begitu saja..terikat namun tak bertali. #AJL
3. Pakai platform orang lain (Facebook)
Ada owner bisnes yang memang taknak ada website sendiri.
Pada dia, "aku dah ada Facebook page. Cukup la tu. Apa-apa customer nak tau, pergi je la kat FB page aku"
Haaa.. nanti FB banned kau punya page, baru kau nyesal.. menangis sendu di bucu katil.
Banyak dah jadi kawan-kawan saya. Page ratus ribu likes.. tetiba FB disable tak semena-mena.
So, invest la sikit duit tu buat website sendiri ye. Jangan tumpang platform orang lain.
4. Email address tak pakai nama domain sendiri
Macam tak berapa cun la kalau kita ada domain name sendiri contohnya SajatBengkung.com, tapi bila bagi email address kita kat potential JV project partner dari dunia korporat,..
.. dia bagi SajatBengkung@gmail.com.
Kalau boleh, gunalah email yang belakang dia ada nama website kita contohnya customerservice@sajatbengkung.com.
Dulu saya pun rasa tak perlu.. tapi bila nak close job dengan corporate client, mereka pandang jugak semua tu rupanya.
It's about client's perception. In the mind of our customer, perception is reality.
Company besar macam Petronas, Schlumberger, Shell semua pakai domain name sendiri kat belakang email.
Eh takde pulak CEO Petronas pakai ceo.petronas@gmail.com !
Boleh je kalau nak pakai domain name sendiri tapi guna servis Gmail. Boleh dapatkan servis Google G Suite untuk tujuan tu.
5. Website takleh bukak dengan smartphone
Pernah tak korang masuk website gomen, tapi guna smartphone?
Fuhh kalau dulu-dulu nak masuk website gomen, memang kena bukak kat desktop je. Sebab kalau bukak guna phone, buruk giler! Berterabur habis segala borang-borang dia.
Tu dulu la. Sekarang dah banyak website gomen yang dah optimized untuk smartphone.
Website yang bagus adalah 'mobile responsive'.
Maksudnya, satu design website yang sama untuk desktop dan mobile phone, tapi website tu akan adjust dengan sendirinya bila dia detect website tu dibuka guna smartphone.
Kalau nak bisnes korang nampak power, janganlah buat mistake macam ni ye.
Kata nak buat juta-juta. Investlah sikit buat website yang proper.
Siakapkeli.my
Share this
Related Articles :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Wanita moden kini semakin berpengetahuan dan ambil tahu akan kepentingan menjaga kesihatan untuk mengelakkan sebarang risiko penyakit membun...
-
Seorang wanita tahun tahun lalu telah menjadi buah mulut netizen melalui media sosial kerana resepi susu pekat manis buatannya sendiri telah...
-
Rata-rata ibu bapa menginginkan yang terbaik buat anak mereka. Namun, atas sebab-sebab tertentu seperti keadaan ekonomi keluarga yang tidak...
0 comments
Post a Comment