Wednesday, February 7, 2018

Rasa Berdebar, Pening Dan Berpeluh Lepas Ambil 'Supplement' Atau Ubat Kurus, Segeralah Jumpa Doktor Sebelum Jadi Arwah


7 Feb - Pada masa kini, rakyat Malaysia suka mengambil makanan tambahan yang dibeli secara dalam talian menerusi Facebook mahupun Instagram. Dengan hanya sedikit testimoni yang tidak tahu dari mana datangnya, kita sudah terpengaruh dan tanpa berfikir panjang terus membeli dan mengamalkan produk tersebut.

Pelbagai pihak telah tampil untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia agar elakkan daripada membeli produk-produk yang tiada pengesahan daripada Kementerian Kesiahatan Malaysia (KKM) dan juga tidak memiliki sijil Halal.

Namun, kesedaran itu semuanya bersifat sementera. Malah, kini di pasaran dalam talian ubat kurus serta pelbagai makanan tambahan tumbuh bagaikan cendawan dan dilihat sukar untuk dibendung.

Gambar Hiasan
Jika kita lihat laman Facebook yang menawarkan produk kurus yang diumpan dengan tetsimoni kononnya pelanggan yang telah berjaya meenurunkan berat badan. Maka, ratusan malah ribuan komen yang timbul menunjukkan minat untuk membeli.

Seperti apa yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang juga seorang doktor, yang bercerita tentang pesakit-pesakitnya yang menghadapi penyakit kronik selepas mengambil makanan tambahan atau ubat kurus. malah, ada diantara mereka yang telah meninggal dunia.

Jom ikuti kisah yang dikongsi oleh Dr Afifah Zahari tentang pengalaman beliau menguruskan pesakit-pesakit ini. Semoga bermanfaat.

Saya jrg bercerita perihal pesakit sbb sy bkn org yg selayaknya utk brcerita.. Tp harini sy nk kongsi sikit sbb sy rasa penting utk pengajaran kita brsama..

Khamis lepas ada seorg pakcik lingkungan umur 50an dimasukkan ke icu disebabkn pendarahan perut& usus.. Datang ke hosp sbb batuk n berak bdarah dirumah..kami bagi ubat yg brharga rm beribu2 dgn harapan pndarahan berhenti.. 


Bila ditanya anaknya, anaknya bgthu ayahnya sudah berbulan2 gemar mmbeli supplement, kopi cmpuran, teh herba etc melalui online utk tujuan kesihatan..harini saya dtg nk follow up, rupanya sudah meninggal smlm. Ok sy tinggalkn bed tu, ikut specialist round.

Gambar Hiasan

Smpai2 je saya kt katil seterusnya, specialist bgthu saya pah patient ni mkn sibutramine..sy pn terpinga2 jap (sethu saya sibutramine tu haromm) x boleh jual..
Pesakit wanita 30an, sudah berbulan2 sesak nafas, bengkak kaki dan dgn simptom2 lain kegagalan fungsi jantung..bila ditanya suami, pesakit makan beberapa produk menguruskn badan.. 

Salah satu adalah sibutramine yg sudah diharamkan penggunaannya.. Beli daripada kawan..dan si isteri itu tahu yg ubat itu adalah bahaya tp ttp makan secara sorok2 dri suami.. bila dibuat medical investigation, otot jantung pesakit sdh menebal menyebabkn kegagalan jantung serta komplikasi lain cardioembolic stroke &kegagalan buah pinggang. 

Produk yg dia mkn buatan negara seberang tu terang2 claim ada sibutramine, senang kita detect.. Di pasaran kita, berlambak2 produk menguruskn badan yg mngndungi sibutramine brselindungkn topeng herba, topeng acai beri tu cmne pulak.

Gambar Hiasan
Saya nk pesan, kalau anda mkn produk2 kurus ni, kalau rasa berdebar2, pening, berpeluh, tekanan darah tinggi,penat,sesak nafas ke, tu bukan maknanya kadar metabolisma anda meningkat, tu maknanya anda kena insoff n segera jmpa doktor.. Jgn smpat jd arwah dlu

Dlu saya penah cerita ttg ubat tranexamic acid ( ubat utk hentikan pendarahan) dijual brleluasa di fb utk putihkn kulit dan kesan2 jgka panjang..harini sy dpt screenshot iklan supplement yg perlu diberikan kpd anak2 seawal umur 6 BULAN supaya kulit anak glowing.


Soalan saya: kegilaan apakah masyarakat kita?

Dr Afifah Zahari

0 comments

Post a Comment