Gambar Hiasan |
Islam telah menegaskan kepentingan perkahwinan dalam mengeratkan perhubungan keluarga. Perkahwinan adalah fasa yang pertama sekali didalam ibadat, dan menurut perspektif Islam, perkahwinan bukanlah semata-mata perjanjian atau kontrak biasa tetapi ianya adalah sebuah perjanjian yang kuat (mithaq ghlidha).
Undang-Undang Keluarga Islam yang telah digubal adalah cukup sempurna dengan segala elemen utama seperti, nafkah, penjagaan, dan perkara lain yang berkaitan kehidupan berkeluarga. Didalam undang-undang ini juga terdapat enakmen hak wanita yang diperuntukkan oleh Islam kepada wanita sebelum, selepas, semasa dan selepas terputus ikatan perkahwinan.
Seperti topik yang diperdengarkan menerusi radio IKIM.fm pagi semalam juga telah mengupas mengenai Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia. Topik ini dihurai lebih mendalam oleh Pegawai Penyelidik Kanan Pusat Syarak IKIM, Puan Siti Shamsiah, dengan salah satu panggilan yang diterima ketika sesi temu bual radio tersebut.
Ikuti perkongsian Hasiba Kamaruddin dibawah daripada topik yang diperdengarkan mengenai hak nafkah isteri zahir dan batin sepanjang ikatan perkahwinan yang masih sah mengikut Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia.
Pn Siti Shamsiah, Pegawai Penyelidik Kanan Pusat Syarak IKIM menjawab soalan pendengar yang ingin meminta cerai kerana campur tangan mertua yang menyebabkan suaminya tidak membayar nafkah kepadanya.
Pn Siti menekankan pendengar itu perlu menyelesaikan hal nafkah itu terlebih dahulu dan kemudian uruskan masalah mertua. Penceraian bukan penyelesaiannya. Pn Siti menyambung lagi bahawa suami WAJIB menyediakan perkara - perkara utama kepada isteri iaitu:
1. Rumah – tak kira lah lah sewa atau beli, asalkan mengikut kemampuan suami.
Saya pernah mendengar ceramah Prof Harlina Siraj yang menceritakan kalau suami mampu beli rumah teres sahaja untuk isteri, ia jauh lebih baik dari rumah banglo atas bukit yang dibeli isteri.
2. Makan minum – Prof Har pernah bercerita tentang kisah dia masa mula – mula berkahwin dulu. Dia akan senaraikan shopping list dan setiap kali hujung bulan, dia akan ambil shopping list itu dan pergi shopping barang dapur. Maknya melihat saban bulan Prof Har berbuat demikian sehinggalah suatu hari maknya berkata, “Salah ni apa yang Har buat. Makan minum ini tanggung jawab suami. Biar dia buat.” Sejak hari itu, suami Prof Har mengambil alih tugas itu dengan duitnya sendiri dan beliau masih ingat bagaimana besarnya hati suaminya menceritakan kejayaannya membeli barang dapur untuk keluarga, “Abang dah beli telur satu tray. Elok2 semua telur tu abang pilih. Ikan pun segar – segar.” Bila melihatkan bahagianya suaminya bila menceritakan itu semua, Prof Har tidak mahu lagi mengambil hak itu dari suaminya. Prof Har sambung, “Kalau suami puan – puan mampu beli kangkung dan ikan kembung, makan lah itu. Berkat insyaAllah.”
4. Perubatan – kalau isteri sakit, suami perlu bawa isteri berubat dan membiayai perbelanjaan ini. Kalau zaman sekarang, takaful untuk isteri dan anak – anak itu semua sebenarnya perlu disediakan oleh suami.
5. Perhiasan – wanita memang tidak asing dengan perhiasan. Suami perlu menyediakan perhiasan untuk isteri. Hud Saleh selalu membeli barang – barang untuk saya berhias tapi tricknya adalah mesti mengikut taste dia, “Isteri ini adalah perhiasan untuk suami. Mestilah saya beli perhiasan mengikut taste saya supaya menyejukkan mata dan hati saya. Baru syg dapat pahala, saya pun dapat pahala.” Isteri, kalau suami mampu beli Zhulian, pakailah. Jangan minta Tiffany pula.
6. Pembantu – kalau isteri biasa ada pembantu rumah sebelum berkahwin, suami mesti menyediakan pembantu untuknya selepas berkahwin. Zaman sekarang ini kalau suami tak mampu, cukuplah sediakan wang untuk penjagaan anak, belanja panggil part time maid dan paling penting sekali pembantu semasa dia berpantang selepas melahirkan anak.
Pn Siti memberitahu bahawa ini adalah ajaran Islam dan kita patut mengikutnya. Sebab apa? Supaya ada KEBERKATAN dalam rumah tangga. Bila ada keberkatan, harmoni dan sejahteralah rumah tangga itu.
Habis tu bila nak guna duit isteri yang bekerja?
Saya pernah mendapat soalan ini dari adik – adik yang lebih muda. Lebih – lebih lagi dalam era kedasyatan ekonomi zaman sekarang.
Saya pun pernah bekerja dulu. Bahkan gaji saya memang lebih tinggi dari Hud. Dulu lah. Tapi kami tetap mengamalkan ajaran di atas itu. Duit saya jarang sangat disentuh. Pun begitu, duit – duit isteri bekerja masih boleh diperlukan dalam situasi begini:
2. Untuk percutian – isteri – isteri boleh berbelanja duit sendiri untuk perbelanjaan pulang ke kampung atau bercuti bersama keluarga. InsyaAllah perbelanjaan begini menggembirakan. Isteri biasanya tak kisah mengeluarkan duit untuk berlibur begini.
3. Untuk beli hadiah – duit isteri boleh digunakan untuk beli hadiah pada suami. Saya jarang beli hadiah pada Hud sebab saya tak tahu nak beli apa. Tapi kalau saya boleh kongsikan hadiah yang tidak pernah saya lupa beri setiap tahun pada dia adalah satu bahagian korban. Setiap tahun bila tiba raya korban, saya akan ambil dua bahagian dan satunya diniatkan untuk dia. Guna duit saya sebagai hadiah untuk Al Qawam saya yang sentiasa berusaha menyediakan pelbagai benda untuk saya sepanjang kami berkahwin.
4. Bila nampak poket suami kering, terutamanya di akhir bulan – haa masa ini isteri boleh guna duit sendiri untuk tampung makan – minum keluarga sebab duit suami mungkin sudah habis. Perlu bijak membaca hati suami bila dia nampak kedekut untuk keluarkan duit di akhir bulan tu, faham – fahamlah. Guna duit kita pula. Yang penting, awal – awal tu beri hak pada suami untuk menjalankan tanggung jawab dia memberi nafkah kepada keluarga.
Prof Har pernah bercerita yang dia selalu buka dompet suaminya sembunyi – sembunyi. Jika tinggal duit seringgit – seringgit dalam tu, dia akan masukkan not RM50. Itulah hadiah untuk suami. Ringankan beban untuknya di masa yang betul.
0 comments
Post a Comment