Tuesday, February 13, 2018

Doktor Malaysia Menduduki Tempat Kelima Warganegara Paling Ramai Berkhidmat Di UK






Warganegara kelima dikenalpasti paling ramai berkhidmat sebagai doktor profesional dengan National Health Care Service (NHS) di seluruh United Kingdom (UK) adalah daripada Malaysia.

Setakat September tahun lalu, seramai 1,548 doktor Malaysia sedang berkhidmat sepenuh masa di Britain, lapor media tempatan, Daily Mail.

Sementara itu, seramai 2,201 rakyat Malaysia pula telah didaftarkan sebagai pekerja kesihatan di hospital milik NHS.

Namun, laporan itu tidak menyatakan jawatan yang dipegang rakyat Malaysia itu sama ada sebagai jururawat, pemandu ambulan atau petugas rencam.

Kumpulan warga Malaysia tersebut merupakan sebahagian daripada 137,000 rakyat asing yang bekerja dalam sektor perkhidmatan kesihatan awam di klinik atau hospital seluruh Britain di bawah kendalian NHS.

Warga Britain masih kekal menguasai bidang kedoktoran negara itu, disusuli warga India seramai 18,348 orang, Filipina (15,391), Ireland (13,016) dan Malaysia.

Di Malaysia pula, walaupun berlaku lebihan bekalan graduan perubatan, negara masih mengalami masalah kekurangan pakar perubatan dalam pelbagai bidang.

Menurut sumber, pada Januari lalu, Menteri Kesihatan Datuk Seri S.Subramanian turut menyatakan negara kehilangan khidmat 986 doktor pakar dalam pelbagai bidang apabila mereka meletak jawatan dan berhijrah ke pusat perubatan swasta.

Purata kehilangan itu adalah sekitar 106 hingga 170 orang setiap tahun antara 2011 hingga 2017.

Siakapkeli.my

Sumber : Astro Awani

0 comments

Post a Comment