Sunday, February 11, 2018

Tak Tahan Sakit Gigi Waktu Malam, Tips Rawatan Kecemasan Guna Bunga Cengkih Untuk Hilang Rasa Sakit


12 Feb - Mesti anda pernah rasa betapa seksanya jika sakit gigi kan? Malah, ada yang berpendapat bahawa sakit gigi adalah penyakit yang paling sakit di dunia.

Tambahan pula jika sakit gigi itu datang ketika anda ingin tidur di malam hari. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan anda ketika itu kan?

Tahukah anda bahawa ada satu bahan yang selalunya ada di dapur anda yang boleh dijadikan ubat kecemasan untuk hilangkan rasa sakit gigi?


Seorang doktor gigi yang berpengalaman iaiu Dr Izaza Md Zan dalam perkongsian terbari di Facebooknya menjelaskan bahawa bunga cengkih mampu untuk menghilangkan rasa sakit gigi buat sementara waktu.

Menurut beliau, ini hanya rawatan kecemasan sahaja dan anda tetap perlu mendapatkan rawatan di klinik selepas itu.

Jom ikuti perkongsian Dr Izaza cara untuk menghilangkan rasa sakit gigi menggunakan bunga cengkih. Semoga bermanfaat.


Tau ke extract bunga cengkih ada digunakan dalam bahan tampalan gigi ? Kadang-kadang kalau tampal gigi, ada rasa cengkih dalam mulut. Betul kan ?

Iyeeee, bunga cengkih ada bahan yang boleh kurangkan rasa sakit gigi dan boleh kurangkan bengkak pada gusi, sebab ada agen anti radang dan anti bakteria.

Sooo, kalau kat rumah tetiba sakit gigi, boleh try hilangkan sakit gigi sendiri. Rawatan ni sementara je ye, jangan letak bunga cengkih ni tanpa rawatan di klinik

Caranya SIMPLE saje, bunga cengkih dibasuh bersih-bersih dan tumbuk halus, kemudian serbuk bunga cengkih diletakkan ke dalam lubang gigi yang sakit.

REMINDER, rawatan ni hanya untuk emergency kes, sakit gigi sangat tengah malam atau sakit gigi masa public holiday klinik gigi semua tutup. Selain dari tu, kena makan ubat tahan sakit, untuk bantu kurangkan sakit gigi. - Siakapkeli.my

0 comments

Post a Comment