15 Feb - Sebuah pesawat United Airlines yang membuat penerbangan dari San Francisco ke Hawaii terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas sebahagian enjin pesawat bertaburan di udara.
Pesawat yang membawa 373 penumpang dan anak kapal itu mula cemas apabila pesawat Boeing 777-222 berkenaan bersedia untuk mendarat dalam tempoh 35 minit di Lapangan Terbang Antarabangsa Honolulu.
Dalam keadaan yang panik, beberapa penumpang sempat merakamkan saat bahagian luar enjin tersebut bertaburan di udara.
Seorang jurutera Google yang juga penumpang pesawat itu, Erik Hadad sempat berkongsi detik cemas berkenaan di akaun Twitter miliknya.
Haddad memuat naik gambar dan video yang menunjukkan bahagian enjin pesawat itu berkecai. Selain Haddad, seorang lagi penumpang pesawat, Maria Falaschi turut memuat naik insiden berkenaan di laman Twitternya beserta kapsyen “scariest flight of my life.”that looks bad, plane and simple ✈️ #ua1175 pic.twitter.com/EKXUxDBw9q— Erik Haddad (@erikhaddad) February 13, 2018
Namun sejurus selepas itu Falaschi menambah dalam muat naik seterusnya di Twitternya, “the pilots did a great job, so did the crew.”Scariest flight of my life #ua1175 pic.twitter.com/hjCvrJ9VwV— Maria Falaschi (@mfalaschi) February 13, 2018
Ini kerana, menurutnya, sewaktu kejadian para penumpang diminta mengikut prosedur pendaratan cemas dan anak kapal berjaya menjalankan tugas mereka dengan tenang.
Pesawat dengan nombor siri UA1175 itu bagaimanapun berjaya mendarat dengan selamat di Honolulu tepat jam 12.38 tengah hari waktu tempatan. Kesemua 373 penumpang dan anak kapal selamat.
Siakapkeli.my
0 comments
Post a Comment