Tuesday, February 6, 2018

(Video) Sofi Jikan Ditahan Polis Selepas Dipercayai Positif Dadah


7 Feb - Baru-baru ini, pelakon filem KL Gangster, Sofi Jikan telah ditahan pihak polis selepas dipercayai positif dadah jenis ganja, lapor Kosmo

Suspek diberkas di Balai Polis Mutiara Damansara malam tadi ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat oleh Datuk Farid Kamil Zahari pada 31 Januari lalu.

Menurut laporan tersebut, Farid didakwa mendedahkan tiga nama rakasn artisnya yang merupakan dalang di sebalik kes meletakkan dadah dalam minumannya.



Sofi Jikan dikatakan akan dibawa ke Mahkamah petaling Jaya hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

Sofi Jikan salah seorang pelakon yang serba boleh dan pernah membintangi filem-filem hebat seperti, KL Gangster, Hantu Kak Limah dan Darah Panas.




Siakapkeli.my

0 comments

Post a Comment