Tuesday, February 6, 2018

"Tak Payah Runsing Dan Pening Nak Beli Dah", Wanita Kongsi Resepi Mudah Buat Sos Cili Manis Ala Thai


Colek merupakan aneka jenis rojak yang lengkap dengan pencicahnya. Colek ini sememangnya terkenal bagi penduduk kelantan.

Makanan ini sinonim dengan nama rojak buah tetapi jika dikelantan, colek bukan sahaja dimakan dengan buah tetapi juga dengan pelbagai makanan lain yang boleh dijadikan seperti rojak yang dicicah dengan sos colek ini seperti kerang, ayam, perut, paru, keropok dan sebagainya.

Kini bukan sahaja di negeri Kelantan, colek ini juga telah menjadi kegemaran rata-rata rakyat Malaysia yang pernah merasai keenakannya.


Teringin nak makan? Jangan khuatir kerana menerusi perkongsian daripada Rabiaa Adawiyah ini, kita boleh membuat colek sendiri di rumah dan tahan berbulan-bulan sekiranya di simpan di dalam peti ais. Sesuai dibuat pencicah untuk makanan bakar, keropok dan sebagainya.

Dulu Taktahu Resepi Selalu Beli Yang Dalam Botol Putih Cap Thai.

Saya Nak Share Resepi COLEK ALA THAI ( COLEK AIR GULA)


BAHAN 1 ( BLEND HALUS) 


  • Cili Padi 10 Biji ( Nak pedas boleh lebihkan lagi )
  • Cili Masak 10 Biji @ Cili Besar Merah ( Potong kecil-kecil) 
  • ½ Labu Bawang putih 
  • 1 Cawan cuka 
  • 2 Cawan gula 
  • 1 Sudu teh garam


BAHAN 2 ( BAHAN UTK MASAK HINGGA JERNIH) 

  • 1 Cawan cuka 
  • ½ Cawan gula


CARA-CARA:




  • Masak Bahan 2 hingga jernih lepastu masukkan Bahan 1 yang diblend tadi. 

  • Masak sehingga warna merah jernih.

Nota: Letak daun ketumbar untuk menyedapkan lagi rasa colek. 


0 comments

Post a Comment