Home /
Hiburan /
Safe /
Semasa /
"Penyanyi Muda Jangan Bajet Bagus," Nora Ariffin Tegur Penyanyi Baru Agar Ikhlas Dalam Berkarya
Thursday, March 22, 2018
"Penyanyi Muda Jangan Bajet Bagus," Nora Ariffin Tegur Penyanyi Baru Agar Ikhlas Dalam Berkarya
Date - March 22, 2018
Hiburan
Safe
Semasa
23 Mac - Penyanyi Nora Ariffin yang pernah popular dengan lagu ‘Di Persimpangan Dilema’ menasihatkan penyanyi muda supaya elak bersifat ‘diva’ atau sombong supaya dapat terus kekal dalam persada seni, lapor Bernama
Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin, 44, yang telah menghasilkan lebih 10 album sejak 1994, turut menasihati penggiat seni muda supaya sentiasa ikhlas dalam berkarya dan merendah diri.
"Penggiat seni terutamanya kalangan orang muda perlu ikhlas berkarya demi mengasah bakat dan menonjolkan kemahiran yang kita ada. Jangan 'bajet' bagus (bermakna jangan perasan)," katanya ketika ditemui selepas menjadi tetamu jemputan rancangan Nine11 terbitan Bernama News Channel di Kuala Lumpur hari ini.
Menyentuh mengenai single terbaharunya ‘Ada Dalam Tiada’ ciptaan Sirkhan dan lirik oleh Habsah Hassanyang khas didedikasi buat arwah suaminya, Allahyarham Johan Nawawi, katanya ia bakal dilancarkan pada bulan hadapan.
"Kita sedang dalam proses perancangan untuk merakam muzik video bagi lagu ini yang sudah mendapat sambutan daripada peminat dan pihak media,” katanya yang turut berterima kasih kepada semua yang terusmemberi sokongan.
Lagu ‘Ada Dalam Tiada’ yang menceritakan perasaannya setelah kehilangan suami tersayang pada tahun lepas itu turut dimuatkan ke dalam album ‘Tribute 30 Tahun Johan Nawawi’ yang bakal dilancarkan.
Album tribute itu memuatkan koleksi lagu ciptaan arwah yang dinyanyikan penyanyi terkenal tanah air antaranya oleh Datuk Sheila Majid, Datuk Khatijah Ibrahim dan Datuk Siti Nurhaliza.
Pada asalnya ia merupakan perancangan arwah komposer terkenal itu untuk diterbitkan pada tahun lepas, namun hasrat itu tidak kesampaian.
Dalam perkembangan lain, Nora berkata beliau bakal dilantik sebagai duta bagi sebuah jenama produkterkenal dan akan diumumkan dalam masa terdekat. - Siakapkeli.my
Share this
Related Articles :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Pelangi merupakan kejadian alam paling indah. Kebanyakan daripada kita melihat pelangi seperti suatu keajaiban disebalik warna-warna yang t...
-
Bagi orang yang sentiasa bersedia dalam apa jua situasi, wajib untuk mereka merancang kewangan yang betul jika berdepan dengan sebarang kece...
-
Korang mesti pernah dengarkan isu mengenai mangsa penipuan scammer yang kerugian ribuan ringgit dan kes-kes sebegini memang kerap dilaporkan...
0 comments
Post a Comment