Wednesday, March 28, 2018

Pengundi Boleh Semak Daftar Pemilih Baharu Dalam Tempoh Seminggu Lagi - Pengerusi SPR


Semakan terhadap daftar pemilih baharu untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) susulan usul kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya diluluskan di Dewan Rakyat hari ini, dijangka dapat diketahui dalam tempoh seminggu atau selewat-lewatnya pada hari penamaan calon., lapor Kosmo.

BACA: 129 Sokong, 80 Menolak, Usul Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya Diluluskan

Sehubungan itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata parti-parti politik diminta memaklumkan kepada penyokong mereka untuk membuat semakan itu selepas sahaja SPR mengeluarkan senarai pemilih baharu yang disahkan.

"Sebab itu, kita adakan Kempen Jom Semak dan Jom Kita Mengundi. Apabila dia buat semakan, dia akan dapat tahu. Kalau pada masa pencalonan dia (pengundi) akan dapat tahu siapa calon dia, siapa yang akan bertanding dalam kawasan dia...kalau sekolah, di sekolah mana (pusat mengundi).

"Ini penting supaya semasa hari mengundi nanti mereka tidak pergi  ke tempat tidak sepatutnya. Apabila tidak buat semakan, dia akan pergi ke tempat lama dan tiba-tiba namanya tiada di situ," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual hos Shuhaimi Mohamed dalam program Sesi Khas Bersama SPR yang disiarkan di TV1, malam ini. - Siakapkeli.my

0 comments

Post a Comment