Wednesday, March 21, 2018

(Video) Buat Ala-Ala #SamyangChallenge Sambil Hafal Al-Quran, 2 Orang Pelajar Tahfiz Terima Reaksi Positif Dari Netizen


21 Mac - Mesti anda sudah terbiasa mendengar artis-artis, insta famous mahupun rakan-rakan anda membuat Samyang Challenge bukan? Baru-baru ini tular sebuah video yang menunjukkan dua orang pelajar tahfiz makan makanan yang pedas sambil diuji oleh Ustaz mereka untuk membaca ayat suci Al-Quran.

Pelajar tersebut adalah, Abdul Hannan Hazanan dan Hazman Johari yang diuji oleh Ustaz Wan Ahmad Afiq.

Rakaman yang berdurasi selama 3 minit itu turut mendapat reaksi positif daripada netizen dan kagum dengan kebolehan dua pelajar tahfiz tersebut.

Dikhabarkan juga, mereka dua hanya mengambil masa 3 bulan sahaja untuk menghafal kesemua 30 juzuk Al-Quran.


2 orang pelajar ini diberitakan mengikut Program Hafazan Al-Quran di Pusat tahfiz Integrasi An-Nur, anjuran Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM).

Para pelajarnya bukan sahaja menghafal semata-mata, malah turut diberikan nilai penghayatan al-Quran untuk diamalkan.

Teknik hafalan An-Nur adalah gabungan teknik tadabbur dan bayangan bagi membantu memudahkan peserta menghafal al-Quran dalam masa singkat.



Siakapkeli.my

0 comments

Post a Comment