Home /
Safe /
Semasa /
Utama /
(Video) "Batuk Teruk Sampai Jatuh Peranakkan Saya," Wanita Ini Cerita Pengalaman Selepas Tonton 3 Siri Filem Seram Siccin
Wednesday, March 28, 2018
(Video) "Batuk Teruk Sampai Jatuh Peranakkan Saya," Wanita Ini Cerita Pengalaman Selepas Tonton 3 Siri Filem Seram Siccin
Date - March 28, 2018
Safe
Semasa
Utama
28 Mac - Sudah menjadi kebiasaan sekiranya anda menonton filem seram sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi dan mungkin juga membuatkan anda takut untuk ke dapur ataupun ke tandas.
Tetapi, lain pula ceritanya dengan apa yang dialami oleh seorang pengguna Facebook yang bernama Shafeeca Izyan yang berkongsi pengalam beliau dan suami selepas menonton filem seram dari Turki bertajuk Siccin.
Menurut Shafeeca, suaminya mengalami demam sehingga 4-5 hari dan apabila membuat ujian darah keputusannya normal. Shafeeca juga mengalami masalah kesiahatan apabila dia susah untuk melelapkan mata dari malam sampai pagi.
Akibat kurang tidur, dia mengalami batuk yang teruk sehingga bergegar otak dan akibat tekanan batuk yang kuat, telah menyebabkan rahim (peranakkan) beliau jatuh.
Jom ikuti perkongsian dari Shafeeca selepas menonton 3 siri filem seram dari Turki ini.
Bismillahirrahmanirrahim. Pernah dengar movie horror bersiri dari negara Turkey bernama #SICCIN?
Sejujurnya cite SICCIN ini tidak seram cuma silap saya bila terlalu ghairah nak sangat tengok sampai lupa yang cite ini dibacakan MENTERA yang sebenar berdasarkan kisah benar.
Apa yang saya alami tanpa sedar lepas tengok SICCIN dalam 3 siri...
* saya jadi tak mengantuk tiba-tiba dari malam sampai pagi.
* batuk teruk seteruk-teruknya sampai otak bergegar.
* batuk tak berhenti tanpa mengira siang dan malam. tapi waktu senja (MAGHRIB) paling bertambah teruk batuk.
* batuk yang sangat kuat tekanannya sehingga mengakibatkan rahim (peranakkan) saya jatuh.
* batuk yang kuat dan teruk sehingga rasa kerap nak muntah dan keluar BUIH PUTIH.
* dan SUAMI saya DEMAM sekitar 4-5 hari dan bila ambil darah... result takde masalah langsung.
Mungkin ini antara asbab BACAAN MENTERA (JAMPI) dalam cerita SICCIN (dengan izin ALLAH SWT). cerita ni memang tak seram cuma bacaan mentera dalam cerita ini adalah BENAR memanggil-manggil jin dan syaitan.
SICCIN atau sebutan dalam Bahasa Melayu "SIJJIN" bermaksud KITAB AMALAN BURUK yang mencatat segala perbuatan orang-orang durhaka (syirik pada Allah yang mempercayai benda lain selain Allah), yakni kitab catatan amal perbuatan orang-orang kafir (tersimpan dalam SIJJIN).
Menurut suatu pendapat, SIJJIN itu adalah nama sebuah kitab yang mencatat semua amal perbuatan SYAITAN dan orang kafir dan SIJJIN itu adalah nama tempat yang berada di lapisan bumi yang ketujuh; tempat itu merupakan pangkalan iblis dan bala tentaranya. Menurut Ibnu Katsir, SIJJIN bermaksud tempat kembali dan tempat tinggal orang-orang buruk.
Movie Siccin ini banyak siri.
Bedasarkan kisah benar.
Banyak bacaan MENTERA dan MENTERA yang dibaca dalam cerita ini adalah MENTERA YANG BENAR
Yang ada anak kecil, tidak digalakkan tengok tapi kalau nak tengok jugak... off sound semasa BACAAN MENTERA dan JAMPI MENTERA dalam cerita ini menggunakan NAMA ALLAH SWT!... fuhh
Siakapkeli.my
Share this
Related Articles :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Wanita moden kini semakin berpengetahuan dan ambil tahu akan kepentingan menjaga kesihatan untuk mengelakkan sebarang risiko penyakit membun...
-
Rata-rata ibu bapa menginginkan yang terbaik buat anak mereka. Namun, atas sebab-sebab tertentu seperti keadaan ekonomi keluarga yang tidak...
-
Baru-baru ini tular satu video dimana seorang lelaki telah berkongsi pengalamannya bekerja di ladang di Korea Selatan yang mampu memberikan ...
0 comments
Post a Comment