Tuesday, April 3, 2018

"Kalau Boleh Putar Balik Masa, 'I Swear I Will'," Ibu Menyesal 12 Tahun Terlepas Masa Bersama Anak Kerana Sibuk Dengan Kerja


4 April - Meluangkan masa bersama keluarga terutama bersama anak-anak adalah satu momen yang sangat indah bagi setiap ibu bapa. Setelah seharian bekerja, waktu malam adalah waktu paling bermanfaat untuk dihabiskan bersama anak-anak.

Namun, tidak semua ibu bapa boleh melakukan perkara itu. Jangan menganggap ibu bapa itu lemah tetapi atas sebab kekangan kerja dan masa menyebabkan mereka terlepas pandang permata hati anugerah Allah ini.

Percayalah, ibu bapa yang membanting tulang empat kerat dari pagi hingga malam itu semata-mata untuk memberi kesenangan buat anak-anak yang menanti di rumah.

Tiada ibu bapa yang berniat untuk abaikan anak-anak dan ibu bapa yang mana mahu melihat anaknya terabai serta kurang kasih sayang.

Seperti pengalaman yang dikongsi oleh Maya Amir melalui akaun Facebook beliau atas kekesalannya yang sebelum ini tidak memberi perhatian yang cukup untuk anak-anaknya dan terlalu fokus dengan kerjaya.

Semalam dia whatsapp saya hantar gambar ni, "Mama, cool tak Danial?"

Ini anak sulung saya. Sekarang dia dah umur 17. Masa dia kecil, saya sibuuuukkk sangat kerja. Balik kerja malam-malam. Dia orang terakhir yang tinggal di rumah babysitter. Anak-anak jagaan lain dah balik rumah masing-masing. Muka dia sayu tapi dia anak sulung yang patuh. Tak banyak kerenah. Tak penah membentak atau nangis-nangis kalau saya ambil lambat.

Alhamdulillah rezeki saya dapat babysitter yang baik. Terima kasih Allah hantar Kak Lela pada saya. Jaga anak-anak saya selama 10 tahun.

Saya kasihan pada anak ini. Sungguh! Tapi zaman muda saya asyik fikir kerja, kerja, kerja jek. Kerja pulak demanding. Otak fikir nak bina career. Kayanya tak jugak. Haha!

Duduk di bandar besar kalau seorang jek bekerja agak mencabar. Lepas tu fikir kalau berhenti kerja, tak tahu nak buat business apa. Asyik fikir tak cukup gaji suami nanti. Tak cukup tak cukup.

Bila anak ini masuk sekolah rendah. Lagi kasihan. Kami keluar rumah seawal 6.15am. Keluar awal sebab mahu hantar ayahnya ke kastam JB-Singapore sebelum hantar anak ini ke sekolah. Rumah kami jauh jadi kena lah keluar awal pagi selepas Subuh.

Dia naik tahap 2, bertambah lagiklah kasihan. Penat pergi sekolah pagi dan sekolah petang. Sekolah petang habis pukul 6.30pm. Saya ambil dia di sekolah. Sementara tunggu ayah dia sampai Kastam JB, kami makan dan dia buat homework dalam kereta. Ya semuanya dalam kereta. Melihat wajah penat dia ketika itu. Sungguh saya rasa bersalah sangat.

Tiba-tiba masa umur dia 13 tahun, dia dapat tawaran ke sekolah asrama di Perak, saya rasa macam kena tampar. Tiba-tiba saya rasa kehilangan yang amat sangat. Rasa kosong.

Masuk bilik dia kosong. Jiwa saya kosong. Baru saya sedar saya terlepas melihat "pembesaran" dia.

12 tahun saya terlepas moment tu. Saya cuba recall moment dengan dia. Kosong! Terpaksa bukak album lama.

Sebab dia anak sulung, saya admit saya tegas dan agak serious dengan dia. 
Jarang kami nak berbual masa dia kecil.
Soalan saya banyak berkisar buat apa kat sekolah? Belajar apa kat sekolah?
Ruginya saya.

Percaya tak, lepas hantar dia ke asrama, saya tak pernah menangis sebab rindu. Tapi satu-satunya perkara yang buat saya menangis sebab saya rindu moment yang saya terlepas sebelum tu. Banyak sangat dah Tuhan bagi nikmat. Saya teralpa amanah yang sorang ni.

Kalaulah boleh putar semula masa. I swear I will! Rasa ralat. Yes! Rasa menyesal. Yes!

Kita ni hamba. Lemah. Takde daya upaya. Banyak khilaf. Dunia tempat ujian. Selalu sangat kita terpesong sana sini. Kadang-kadang di luar kawalan.

Kita kerja keras dengan niat nak besarkan anak-anak. Tapi kadang-kadang terlupa pada anak- anak yang tengah membesar ni. Terlupa juga pada mak ayah kita yang semakin tua di kampung.

Hari tu saya baru tersedar mak abah saya dah nak masuk 70. Mak mertua pun dah 70. Allahu! 70. Tengok urat-urat tua timbul di tangan mak abah buat hati lagi sayu.



Bila Allah test hantar ujian kesihatan pada saya beberapa tahun lepas. Slipped disc teruk sampai tak boleh berjalan. Rasa kena tampar sekali lagi. Jadi saya putuskan, sudahlah Maya! Stop thinking hal dunia berlebih-lebih. Serah! Bila serah pada Tuhan. Semuanya jadi lebih mudah. Tuhan tu dah atur elok-elok dah jalan kita.

Jadi, kita kerja untuk apa? Kita nak kejar apa? Nak compete dengan siapa? Tanya soalan ini pada diri sendiri.

Hidup bersederhana lebih menenangkan. Kerja habis. Balik. Senyum pandang anak. Ada banyak perkara diaorang nak share tu. Seharian kat sekolah.

Gembirakan hati mereka tu 1 rezeki. Buatlah. Nanti Tuhan hantar berdebuk-debuk rezeki lepas tu. and jangan lupa jadi the best khalifah sebab Syurga tu ultimate goal kita.

Usah khuatir kepada rezeki. Sebab Tuhan Maha Mencukupkan.


وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ




“Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya” (QS. Ath Tholaq: 3).



Serah saja pada si Dia Pemilik Kerajaan Langit dan Bumi. Ya Danial! Awak dan adik adalah perkara paling cool dalam hidup Mama,

Maya Amir

0 comments

Post a Comment