Monday, April 2, 2018
Kajian : 70% Wanita Malaysia Tolak Bakal Suami Gaji Bawah RM5 Ribu
Date - April 02, 2018
Safe
Semasa
Bila sudah bertemu dengan 'soulmate', semua orang pasti mengimpikan untuk melangkah ke fasa seterusnya, iaitu perkahwinan. Kalau masing-masing dah cinta, mesti boleh terima pasangan tu seadanya kan? Si lelaki gaji biasa saja, si perempuan cakap tak apa, nanti lepas kahwin kita harung sama-sama. Beruntunglah kan.
Tapi untuk lelaki yang tak ada calon isteri lagi, tengah mencari dan bermimpi untuk menamatkan zaman bujang, mungkin lepas baca kaji selidik ini nampaknya ramai lelaki Malaysia rasa takut untuk kahwin agaknya.
Kaji selidik yang dilakukan laman sesawang cari jodoh ''Sweet Ring'' baru-baru ini mendedahkan, kebanyakan wanita Malaysia tidak mahu berkahwin dengan lelaki yang berpendapatan bawah RM5000 sebulan.
Memetik laporan China Press, laman sesawang itu mengumpulkan maklumat daripada 500 responden rakyat Malaysia dan keputusannya 70 peratus wanita inginkan pasangan mereka bergaji sekurang-kurangnya RM5000 sebulan barulah mereka setuju untuk berkahwin.
Rata-rata wanita yang terlibat dengan kaji selidik itu turut mendedahkan, jika gaji minimum tidak menepati syarat tersebut, mereka sanggup membujang daripada berkahwin.
Manakala 30 peratus responden wanita lagi menyatakan mereka sanggup menerima lelaki bergaji sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan. Yang bawah dari tu kena membujang lah kot.
Bagi lelaki pula, gaji RM3000 itu dah boleh kahwin.
Berbeza pula dengan pandangan lelaki. 60 peratus lelaki menganggap gaji di antara RM3000 hingga RM5000 sudah mencukupi bagi mereka untuk berkahwin dan mereka tidak kisah dengan gaji isteri.
Maknanya lelaki Malaysia bergaji bawah RM3000 nie tiada siap yang nak ke? Agak-agak kalau dikira secara keseluruhan berapalah anggaran gaji lelaki yang wanita Malaysia inginkan sebenarnya?
Mungkin dalam hal ini wanita inginkan kestabilan hidup selepas kahwin. Ekonomi yang tidak menentu dan kos sara hidup yang tinggi menyebabkan gaji bakal suami menjadi kayu ukur. Betul atau tidak, anda nilaikan sendiri.
Siakapkeli.my
Sumber : Vitdaily
Share this
Related Articles :
Nak Diluah Mati Emak, Ditelan Mati Bapa, Tapi Betis Anak Aku Umur 7 Tahun Hampir Koyak Dirotan Disekolah - BapaTular di media sosial sejak semalam mengenai satu perkongsian yang dibuat oleh seorang lelaki yang mendakwa anaknya menjadi mangsa rot ...
Pakistan Dilanda Gelombang Panas Dengan Suhu 44 Darjah, 65 Orang Dilaporkan MautRamadhan tahun ini menyaksikan penduduk di Karachi, Pakistan menghadapi gelombang panas suhu sehingga mencecah 44 darjah celsius yang ...
Demi Kemanusian, Penyokong Kelab Bola Sepak Ini Lancar Kempen Kutipan Dana Untuk Palestin Yang Menjadi Mangsa Kekejaman IsraelBagi mereka yang sering mengikuti perkembangan bola sepak dunia pasti mengetahui bahawa kelab bola sepak yang berpangkalan di Scotland ...
Pergi Bazar Tu Bawa Duit Cukup-Cukup Apa Nak Beli Je - 7 Tips Jimat Duit Belanja Korang Dalam Bulan PuasaDi bulan Ramadhan, cabaran yang paling terbesar adalah menahan lapar dan dahaga. Nafsu makan seakan membuak-buak. Disebabkan itu ramai ...
"Membantu Itu Mulia, Tapi Jangan Sampai Memalukan Budak-Budak," Pihak Masjid Terkilan Isu Viral 7 Beradik Ditinggalkan Ibu BapaDibulan yang mulia ini, kita sebagai umat Islam harus sensitif terutamanya jika perkara melibatkan membuka aib atau memberikan komen-k ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Rata-rata ibu bapa menginginkan yang terbaik buat anak mereka. Namun, atas sebab-sebab tertentu seperti keadaan ekonomi keluarga yang tidak...
-
Wanita moden kini semakin berpengetahuan dan ambil tahu akan kepentingan menjaga kesihatan untuk mengelakkan sebarang risiko penyakit membun...
-
Pelangi merupakan kejadian alam paling indah. Kebanyakan daripada kita melihat pelangi seperti suatu keajaiban disebalik warna-warna yang t...
0 comments
Post a Comment