Sunday, April 1, 2018

''Tak Mengagak Nak Jual, Nak Kaya Cepat Kot'', Kononnya Mengadu Peniaga Jual Mahal, Sudahnya Dikecam Netizen


Zaman sekarang, kalau rasa tak puas hati, semua benda kalau boleh mahu diviralkan. Namun sebelum post apa-apa tengok dulu, takut tukang post sendiri yang akan dikecam netizen. Betul tak?

Seperti yang berlaku baru-baru ini, apabila seorang pengguna laman sosial mempertikaikan harga hidangan yang dikenakan terhadapnya yang dianggap tidak masuk akal. Tetapi, lain pula jadinya.

Melalui laman twitter seorang gadis @syarinoooo_ yang merupakan anak pemilik gerai tersebut tampil berkongsi penjelasan yang sebenar. Peniaga katanya, sudah memberitahu harga hidangan tersebut, namun pelik apabila dia diviralkan oleh pengadu yang tidak berpuas hati.

Jom kita ikuti tweet ini seperti di bawah. Anda nilaikan sendiri.


Pengadu berkata peniaga tidak beragak untuk menjual hidangan tersebut dengan harga sedemikian, dengan alasan mungkin mahu cepat kaya.


Peniaga sendiri, tampil menjelaskan keadaan sebenar di ruangan komen post tersebut.


Mak bukan baru berniaga..


Sedih orang cakap sotong satu sudu RM3 mahal.


Tak pernah lagi orang compaint..


Rata-rata netizen turut mengecam pengadu berkenaan. Kesimpulannya, berhati-hatilah kalau membeli. Mungkin harga hidangan tersebut memang mahal kerana caj bahan mentahnya. Namun, ada juga kes peniaga yang sengaja mencekik darah untuk mengambil kesempatan. Sebagai pengguna bijaklah menilai.









Siakapkeli.my

0 comments

Post a Comment