Home /
Safe /
Semasa /
Viral /
(Video) Guna 'Pembaris Pintar', Wanita Ini Kongsi Kaedah Mudah Bantu Anak-Anak Menulis Dengan Cantik Dan Kemas
Sunday, April 1, 2018
(Video) Guna 'Pembaris Pintar', Wanita Ini Kongsi Kaedah Mudah Bantu Anak-Anak Menulis Dengan Cantik Dan Kemas
Date - April 01, 2018
Safe
Semasa
Viral
Untuk kanak-kanak diperingkat awal persekolahan, antara kemahiran biasa yang cuba diterapkan oleh guru adalah kemahiran membaca, menulis dan mengira.
Selain mengasah kemahiran tersebut, guru-guru juga sebenarnya berhadapan dengan cabaran untuk membantu anak murid mereka supaya dapat menulis dengan kemas dan cantik di atas garisan buku.
Menurut perkongsian yang dibuat oleh seorang cikgu yang dikenali sebagai Faridah Salleh, terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan sebelum memberi bimbingan kepada kanak-kanak tersebut.
Antaranya adalah perlu mengenal pasti terlebih dahulu cara kanak-kanak memegang pensel. Ujarnya jika kanak-kanak memegang pensel dengan cara yang salah, ia disebabkan dengan masalah otot kanak-kanak tersebut. Oleh itu, beliau turut berkongsi beberapa sebab kenapa kanak-kanak mengalami masalah tersebut dan tips untuk mengatasinya.
Selain itu, beliau turut berkongsi beberapa kaedah yang diguna pakai olehnya melalui video supaya dapat dimanfaatkan oleh ibu bapa diluar sana. Jom ikuti perkongsiannya di bawah.
CARA MEMBANTU MURID MENULIS DENGAN KEMAS DAN CANTIK PADA BUKU GARIS 1.
Hari ini seperti dijanjikan Eida akan kongsikan cara kita membantu anak-anak menulis dengan kemas di buku garis 1. Masalah utama anak ialah di buku garis 3 cantik, bila di garis 1 ke Laut China Selatan jawabnya. Ini adalah cara yang Eida guna iaitu :
1. Pembaris pintar.
2. Semak pastikan cara pegang pensel betul ( ada Eida share dalam video).
3. Guna 1 jari.
4. Huruf tinggi sampai garisan - kisah monyet.
5. Huruf rendah - guna pembaris pintar.
6. Huruf besar kisah monyet.
7. Lagu tanda baca.
Sumber : Faridah Salleh
Share this
Related Articles :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Pelangi merupakan kejadian alam paling indah. Kebanyakan daripada kita melihat pelangi seperti suatu keajaiban disebalik warna-warna yang t...
-
Bagi orang yang sentiasa bersedia dalam apa jua situasi, wajib untuk mereka merancang kewangan yang betul jika berdepan dengan sebarang kece...
-
Korang mesti pernah dengarkan isu mengenai mangsa penipuan scammer yang kerugian ribuan ringgit dan kes-kes sebegini memang kerap dilaporkan...
0 comments
Post a Comment