Seorang wanita di Taiwan menderita melecur tahap pertama di bahagia muka dan lehernya setelah seorang lelaki bertindak mencampakkan semangkuk sup panas yang tengah mendidih ke mukanya. Lelaki tersebut bertindak demikian kerana rambut wanita tersebut telah mengenai tangannya.
Kejadian yang berlaku pada 20 Mac lalu terjadi apabila Huang, 57 tahun telah pergi ke sebuah restoran untuk makan malam bersama rakannya dan kemudian telah duduk bersebelahan dengan seorang wanita bernama Chen, 33 tahun.
Menurut laporan media, sedang Chen menunggu pesanannya tiba, dia menggerakkan tubuhnya dan secara tidak sengaja rambutnya telah terkena pada bahagian tangan Huang yang duduk disebelahnya. Huang sangat marah dan berteriak kepada Chen kerana menganggap tindakan Chen itu tidak bersih.
“Kamu lakukan sesuatu yang kotor tahu tak?!"
Chen yang terkejut dengan jeritan Huang memberitahu bahawa dia tidak perlu menjerit sedemikian
“Takkanlah kamu marah sangat sebabkan hal yang sekecil itu?”
Dalam keadaan yang masih marah, Huang tidak semena-mena telah mencapai sup panas yang sedang mendidih di atas meja lantas menyimbah ke muka Chen. Kakitangan dan pengunjung yang melihat kejadian itu cuba untuk menenangkan Huang dan beberapa lagi membantu Chen dengan membekalkan kiub ais kepadanya sementara menunggu ketibaan ambulans.
Setelah mendapatkan rawatan intesif hospital, Chen disahkan mengalami lecur kebakaran yang agak teruk pada bahagian muka dan lehernya. Kejadian itu membuatkan Chen langsung tidak menyangka bahawa rambutnya yang panjang itu akan mendatangkan masalah kepada orang lain.
Insiden ini telah mendapat perhatian orang ramai dan Huang kemudian telah ditahan oleh pihak polis serta mengaku menyesal dengan perbuatannya.
Chen baru-baru ini telah menfailkan tuntutan terhadap Huang kerana telah menyebabkan kecederaan tubuh badannya.
0 comments
Post a Comment