Tuesday, April 3, 2018

WHO Sarankan Ambil Hanya 25 Gram Gula Sehari, 7 Langkah Bijak Ini Boleh Kurangkan Gula Dalam Badan


3 April - Pengambilan gula dalam makanan atau minuman sudah menjadi rutin harian kita dalam kehidupan. Ada yang mengambilnya secara terkawal dan tidak kurang juga yang mengambilnya secara berlebihan.

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2015, lebih 3 juta rakyat Malaysia disahkan menghidap diabetes (kencing manis) kerana pengambilan gula dalam makanan yang tidak terkawal.


Memetik kapsyen KKM yang dimuatnaik, World Health Organisation (WHO) menyarankan agar manusia hanya mengambil 25gram gula sahaja setiap hari bagi orang dewasa bersamaan 6 sudu teh shaja.

Menurut KKM lagi, satu tin minuman berkarbonat sahaja sudah mengandungi 40 gram gula, maka kuota pengambilan gula setiap hari sudah melebihi had. Ini bermakna hentikanlah mengambil minuman berkarbonat untuk kesihatan anda.

KKM menerusi laman rasmi Facebooknya telah memuat naik sekeping foto menunjukkan 7 langkah bijak untuk kurangkan gula dalam badan.

KUOTA GULA SEHARI = HANYA 25 GRAM / 6 SUDU TEH SEHARI

WHO menyarankan bahawa seorang individu dewasa harus mengambil lebih kurang 25 gram (6 sudu teh) gula sahaja dalam sehari. 

Satu tin minuman berkarbonat = ~ 10 sudu teh gula (40 gram). Hancur sudah kuota gula sehari, bukan? Lagi-lagi dengan minuman 'ice-blended', 'frappe', kek comel, bubur manis, sos dan banyak lagi. Hmm.. Macam boleh tahu sebab kenapa Malaysia ada 3.5 juta pengidap diabetes kan?? 

Kita semua tahu, pengambilan gula berlebihan memudaratkan kesihatan.

Marilah kita sama-sama mengamalkan langkah bijak untuk mengawal pengambilan gula.
1. Minum air kosong bagi menggantikan minuman manis.
2. Elak menambah gula dalam masakan
3. Makan buah sebagai pencuci mulut bagi menggantikan makanan bergula
4. Pilih produk berlabel rendah gula atau bebas gula
5. Hadkan 1 sudu teh sahaja untuk secawan minuman
6. Elakkan makanan dan minuman bergula sebagai hidangan utama dan sebelum tidur.
7. Baca label dan elakkan produk yang menyenaraikan gula sdi bahagian awal ramuan.



0 comments

Post a Comment