Home /
Global /
Safe /
Semasa /
Biar 17 Tahun Tak Dirawat, Wanita Akui Gemar Makanan Berminyak Jalani Pembedahan Buang 468 Batu Karang Daripada Hempedunya
Saturday, May 26, 2018
Biar 17 Tahun Tak Dirawat, Wanita Akui Gemar Makanan Berminyak Jalani Pembedahan Buang 468 Batu Karang Daripada Hempedunya
Date - May 26, 2018
Global
Safe
Semasa
Seorang wanita di China terkejut setelah doktor memaklumkan 468 biji batu karang telah dibuang daripada hempedunya dalam satu pembedahan.
Doktor yang melakukan pembedahan tersebut memeberitahu bahawa saiz hempedu wanita itu membesar sekali ganda akibat pembentukan batu karang di dalamnya, dengan sesetengah bersaiz 0.4 inci.
Wanita itu ketika ditanya mengakui amat menggemari makanan bergoreng dan berminyak, menyebabkan doktor membuat kesimpulan bahawa tabiat permakanannya mungkin menjadi salah satu punca kepda masalah tersebut.
Bagaimanapun, pakar gastroenterology di United Kingdom menyangkal dakwaan tersebut memandangkan tiada bukti kukuh yang dapat menyokong fakta bahawa makanan bergoreng mampu menjadi punca kepada pembentukkan batu karang.
Wanita itu yang hanya dikenali sebagai Chen pergi ke Hopital Jingdu di Wuhan untuk membuat pemeriksaan. Doktor yang membuat pemeriksaan ultrasound ke atasnya dan mendapati kehadiran batu karang di dalam hempedunya.
''Ia membesar hampir sekali ganda. Hempedu normal biasanya bersaiz sebesar penumbuk,'' kata Dr. Shen Zangyi, Ketua Bedah Bahagian Gastroenterology.
Chen turut memberitahu media bahawa dia sudah mengetahui bahawa terdapat batu karang dalam hempedunya sejak 17 tahun yang lalu, namun membiarkannya tanpa dirawat.
Sebaliknya, dia memilih untuk mengamalkan aktiviti fizikal seperti berjalan kaki dan mendaki. Bagaimanpun katanya, dia amat menggemari makanan berminyak.
''Saya pasti akan menjamah setiap makanan berminyak yang dihidangkan di atas meja,'' kata Chen.
Menurut Dr. Shen, pembentukkan batu karang boleh dikaitkan dengan tabiat permakanan yang tidak sihat dan seimbang.
Batu karang kecil, yang terbentuk daripada kolestrol, mula terhasil apabila jumlah kolestrol di dalam hempedu meningkat.
Ujarnya lagi, jika seseorang itu mengabaikan rawatan terhadap masalah batu karangnya, mereka boleh mengalami masalah jaundice dan kecelaruan fungsi pada hempedu, menyebabkan kulit berubah menjadi kuning dan bahagian putih mata menjadi kekuningan atau kehijauan.
Mengulas mengenai kes Chen, seorang jurucakap daripada Persatuan Gastroenterology British berpendapat tiada bukti kukuh yang dapat menyokong hujah mengenai tabiat permakanan berminyak menjadi punca kepada pembentukan batu karang memandangkan terdapat pelbagai sebab lain yang boleh menjadi punca.
Bagaimanapun katanya, kes itu mungkin berbeza di China dan beberapa bahagian Asia lain yang merekodkan kes batu karang lebih tinggi daripada United Kingdom.
Sumber : Dailymail
Share this
Related Articles :
(Video) Takut Makan Nasi Sebab Banyak Kalori, Saintis Sudah Temui Cara Untuk Kurangkan Kalori Hingga 60 Peratus Dalam NasiNasi adalah antara ciri utama yang menjadi lambang banyak negara dan rakyatnya, tidak ketinggalan juga rakyat Malaysia. Nasi sebagai h ...
(Gambar) Pelajar Kolej Ditemui Mati Dengan Kesan Jerut Dileher, Dipercayai DibunuhMemetik laporan media, seorang pelajar perempuan yang merupakan penuntut sebuah kolej di Port Dickson ditemui meninggal dunia dengan k ...
Loan Rumah Untuk Staff Kerajaan, Rugi Kalau Tak Guna Sebelum Usia 35 Tahun - Lelaki Ini Kongsi Kelebihan Yang Anda Bakal DapatMembeli rumah adalah impian semua individu. Pembiayaan pula menjadi satu aspek yang kita tak dapat nak elak dalam proses pembelian har ...
''First Lady From Hell'' Dan Suami Diktator, Imelda Dan Ferdinand Marcos Didakwa 'Makan' Duit Rakyat Filipina Lebih USD 10 BilionDiberi jolokkan sebagai ''Iron Butterfly'', Imelda Marcos yang merupakan isteri kepada diktator Filipina, Ferdinand Marcos pernah berk ...
Video) Ingatkan Lebam Biasa, Rupanya Kanser Berbahaya Dan Mungkin Tidak Dapat Diselamatkan Hanya Kerana Dia Orang AsiaSatu pasangan suami isteri kini berhadapan dengan kekangan masa untuk mencari penderma tulang sumsum untuk menyelamatkan anak mereka d ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Rata-rata ibu bapa menginginkan yang terbaik buat anak mereka. Namun, atas sebab-sebab tertentu seperti keadaan ekonomi keluarga yang tidak...
-
Wanita moden kini semakin berpengetahuan dan ambil tahu akan kepentingan menjaga kesihatan untuk mengelakkan sebarang risiko penyakit membun...
-
Pelangi merupakan kejadian alam paling indah. Kebanyakan daripada kita melihat pelangi seperti suatu keajaiban disebalik warna-warna yang t...
0 comments
Post a Comment