Home /
Global /
Safe /
Semasa /
Budak Albino Maut Gara-Gara Kepercayaan Karut, Diculik Dan Dipenggal Kepala Untuk Tujuan Pemujaan Ilmu Hitam
Tuesday, May 15, 2018
Budak Albino Maut Gara-Gara Kepercayaan Karut, Diculik Dan Dipenggal Kepala Untuk Tujuan Pemujaan Ilmu Hitam
Date - May 15, 2018
Global
Safe
Semasa
Seorang kanak-kanak albino perempuan berusia 5 tahun menemui ajal selepas diculik dan dipenggal gara-gara anggota badannya diperlukan dalam pemujaan ilmu hitam.
Sekumpulan lelaki bersenjata melarikan kanak-kanak malang itu dari keluarganya yang tingga di kampung Fana, utara Bamako di Mali.
Menurut polis, mangsa ketika itu sedang lena bersama ibu dan kakaknya di rumah sebelum penculik-penculik tersebut datang menyerbu dan melarikannya.
Ibu kanak-kanak malang itu pada mulanya cuba mengejar penjenayah-penjenayah itu namun berpatah balik setelah menyedari anak keduanya yang juga seorang albino mungkin berada dalam keadaan bahaya.
''Kami cuba menjejaki kedudukan kanak-kanak itu. Kami akhirnya menjumpai jasadnya berdekatan masjid, namun tidak berkepala,'' kata seorang guru yang juga penduduk di kampung itu, Oumar Diakite.
Penduduk kampung yang menyalahkan kawalan lemah pihak berkuasa sebagai punca kejadian mengerikan itu kemudian bertindak melakukan rusahan dan membakar pondok polis separa tentera di Fana.
''Kami menuntut keadilan untuk kanak-kanak ini, kepalanya dicuri. Ini adalah satu ritual jenayah,'' kata seorang aktivis, Mamadou Sissoko kepada media.
Sissoko yang juga Setiausaha Umum Persekutuan Persatuan Orang Dengan Albinism Afrika Barat (FAPAO), mendakwa jenayah tersebut mempunyai kaitan dengan dunia politik, memandangkan pilihanraya presiden Mali yang bakal berlangsung Julai nanti.
''Setiap kali musim pilihanraya, kami (albino) menjadi mangsa kepada mereka yang ingin menjalankan ritual ilmu hitam. Insiden ini bukan insiden kali pertama yang berlaku di Fana.
''Kerajaan perlu bertanggungjawab,'' katanya.
Seorang pemuzik tersohor Mali yang juga seorang albino, Salif Keita, sudah sekian lama menjalankan kempen bagi melindungi golongan albino.
Selain Mali, golongan albino di negara-negara lain seperti Mozambique, Malawi, Tanzania, Zimbabwe dan Afrika Barat turut menjadi sasaran kumpulan pemujaan ini.
Berpuluh-puluh orang albino direkodkan menjadi mangsa penculikkan dan pembunuhan setiap tahun di Afrika, dimana anggota badan golongan albino ini diperlukan dalam ritual pemujaan untuk mendapatkan kekayaan, kejayaan dan tuah.
Albinism adalah penyakit yang mempunyai kaitan dengan genetik di mana penghidapnya mengalami pengurangan penuh atau sebahagian pigmentasi pada kulit, rambut dan mata, menyebabkan fizikal kelihatan berlainan.
Selain menjadi mangsa dikriminasi, albino juga sering mengalami masalah penglihatan dan berisiko untuk diserang kanser. Di Afrika, krim pelindung kulit sukar ditemui dan mahal, menyebabkan ramai orang albino tidak mampu memilikinya.
Sumber : Dailymail
Share this
Related Articles :
(Video) Hanya Kerana Mahu Kahwini Gadis Pilihan Hati, Ayah Dan Abang Ikat Saya, Cungkil Saya Mata Guna Sudu Sebelum CincangSeorang lelaki malang hilang penglihatan selepas kedua-dua matanya dicungkil oleh keluarganya sendiri dalam satu kejadian yang berlaku ...
Dulu Seorang Jutawan, Kini Lelaki Ini Tinggal Di Pulau Terpencil Tanpa Bekalan Air Dan ElektrikSYDNEY: Seorang lelaki yang pernah bergelar jutawan suatu ketika dahulu kini terpaksa akur dengan meneruskan hidupnya di sebuah pulau ...
7 Tips Nak Makan Buffet Tanpa Rosakkan Diet Serta Boleh Bakar Hampir 100 KaloriBulan puasa ni banyak sangat restoran dan hotel yang menawarkan promosi pakej buffet dengan harga yang paling rendah sehinggalah yang ...
''Perlu Ke Kita Undur Ke Belakang? Tidak, Jangan Sesekali'', Cikgu Ini Tidak Bersetuju Dengan Cadangan Gubal Semula Silibus Tahun 1Baru-baru ini tular mengenai satu perkongsian yang mencadangkan kerajaan baru melalui Kementerian Pendidikan untuk menilai dan menggub ...
(Gambar) Pelajar Kolej Ditemui Mati Dengan Kesan Jerut Dileher, Dipercayai DibunuhMemetik laporan media, seorang pelajar perempuan yang merupakan penuntut sebuah kolej di Port Dickson ditemui meninggal dunia dengan k ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Rata-rata ibu bapa menginginkan yang terbaik buat anak mereka. Namun, atas sebab-sebab tertentu seperti keadaan ekonomi keluarga yang tidak...
-
Wanita moden kini semakin berpengetahuan dan ambil tahu akan kepentingan menjaga kesihatan untuk mengelakkan sebarang risiko penyakit membun...
-
Pelangi merupakan kejadian alam paling indah. Kebanyakan daripada kita melihat pelangi seperti suatu keajaiban disebalik warna-warna yang t...
0 comments
Post a Comment