Bulan Ramadhan menjadi bulan yang paling dirindukan oleh umat muslim dan banyak yang menyebutnya sebagai bulan seribu bulan. Namun, tahukah anda, khusus di bulan Ramadhan amal kebaikan umat muslim akan dibalas dengan berkah pahala yang berlipat ganda?
Untuk menjalani ibadah puasa dengan sempurna, ia amat penting untuk menyediakan diri dengan kesihatan fizikal dan kecekalan mental. Kuatkan minda dan tubuh anda dengan nutrisi yang mencukupi sewaktu sahur dan iftar untuk memastikan diri bersedia untuk berpuasa sepanjang bulan yang mulia ini.
Dengan bantuan seorang Nutrastrategist (Ahli Strategis Nutraseutikal), Profesor Dr Azhar Mat Easa - dari Pusat Pengajian Teknologi Industri, Universiti Sains Malaysia, kami dapat menerokai keajaiban air kelapa yang boleh menyempurnakan lagi pengalaman sahur dan iftar anda.
AIR MINUMAN YANG LAIN
"Kafein memang boleh meningkatkan tenaga secara cepat tetapi ia bukanlah pilihan yang terbaik untuk bulan Ramadan."
Ia sudah menjadi satu kebiasaan untuk bersahur dan berbuka dengan air yang manis dan berwarna-warni. Minuman jenis ini mungkin hanya boleh menghilangkan rasa dahaga buat seketika waktu tanpa menyelesaikan masalah dehidrasi disebabkan berpuasa. Minuman yang terlalu manis juga boleh menyebabkan timbulnya masalah kesihatan yang lain. Adakah anda sering rasa lemah, letih dan lesu ketika berpuasa?
Profesor Azhar menjelaskan kesan setiap jenis minuman pada tubuh manusia semasa berpuasa.
1. Air kosong
Meminum air yang terlalu banyak ketika bersahur adalah tidak digalakkan. Ini kerana pengambilan air yang banyak akan mengakibatkan kehilangan cecair yang lebih melalui pembuangan air di waktu pagi. Kehilangan air dalam badan bermula dalam jam pertama berpuasa iaitu sebelum bermulanya aktiviti seharian. Air yang berlebihan juga boleh mengganggu penghadaman.
Tip: Cubalah membancuh air sirap atau sirap bandung dengan air kelapa untuk melazatkan lagi juadah di bulan Ramadan sambil meningkatkan hidrasi untuk memastikan kesihatan badan.
2. Jus buah segar
Jus buah segar mengandungi kandungan vitamin dan mineral yang tinggi, terutamanya vitamin C, walaupun begitu ia kekurangan kandungan elektrolit yang dapat membantu penghidratan yang lengkap. Minuman jenis ini mempunyai kandungan gula yang tinggi dan ia sesuai untuk memberi rangsangan tenaga, tetapi bukan calon terbaik untuk memastikan rehidrasi tubuh dengan kadar cepat ketika iftar.
3. Kopi & Teh
Kafein memang boleh meningkatkan tenaga secara cepat tetapi ia bukanlah pilihan yang terbaik untuk bulan Ramadan kerana kafein adalah salah satu penyebab dehidrasi. Ramai orang juga kerap membuang air akibat meminum kopi atau teh kerana kafein berfungsi sebagai agen diuretik. Demi mengurangkan risiko dehidrasi, eloklah teh atau kopi yang pekat ini diambil dengan perlahan-lahan dan jangan habiskannya dengan sekaligus.
4. Minuman rehidrasi komersil
Minuman jenis ini merupakan penyelesaian sementara untuk rasa dahaga. Walaupun dapat hilangkan rasa haus, ia tidak mempunyai elektrolit yang mencukupi untuk memastikan badan berfungsi dengan baik. Terdapat juga minuman penghidratan sukan yang ditambah garam mineral untuk meningkatkan kandungan elektrolit yang bertujuan mempercepatkan proses rehidrasi semula bagi mereka yang banyak kehilangan peluh disebabkan aktiviti sukan lasak. Bagaimanapun minuman jenis ini tidak sesuai untuk semua golongan pengguna.
Berbeza dengan air minuman komersil lain, air kelapa diketahui mengandungi rangkaian elektrolit semulajadi. Ini menjadikannya lebih sesuai dijadikan minuman persediaan untuk berpuasa dan minuman rehidrasi-semula semasa iftar untuk rata-rata pengguna.
APAKAH KEPENTINGAN PENGHIDRATAN UNTUK TUBUH BADAN?
"Sepanjang hari berpuasa, tubuh kita akan banyak kehilangan air yang boleh menyebabkan dehidrasi."
Kita maklum air adalah sejenis nutrien perlu yang tanpanya tidak akan memungkinkan kehidupan. Kita mungkin hidup hanya beberapa hari tanpa air, sedangkan kita mampu bertahan beberapa minggu, malahan bulan tanpa nutrien lain.
Dalam keadaan biasa keseimbangan dan edaran cecair dalam tubuh diperolehi dari pengambilan air yang mencukupi dengan dibantu oleh garam mineral. Bagaimanapun sepanjang hari berpuasa, tubuh kita akan banyak kehilangan air yang boleh menyebabkan dehidrasi. Dehidrasi merujuk kepada kehilangan air yang tidak diganti (disebabkan berpuasa). Selain dari air kencing, air juga hilang dari paru-paru sebagai wap dan dari kulit sebagai peluh, sementara sejumlah kecil hilang sebagai tinja.
Petanda dehidrasi termasuklah kehausan yang melampau, badan yang lemah dan tidak bermaya, dan kejatuhan tekanan darah. Mereka yang memperoleh sumber air yang baik akan lebih cepat menghidrat semasa berbuka puasa, dan ini meningkatkan kecergasan mereka untuk beribadat di malam hari.
MINUM AIR KELAPA KETIKA BERSAHUR DAN BERBUKA PENYELESAIAN UNTUK DEHIDRASI SERTA KEKAL BERTENAGA SELAMA 14 JAM BERPUASA
"Air kelapa boleh memberi penghidratan yang maksimum yang diperlukan tubuh badan."
Tatkala cuaca panas terik, banyak jenis minuman yang boleh membantu menyegarkan badan dan mengurangkan rasa dahaga. Namun air kelapa berbeza dari air minuman yang lain dimana menurut Profesor Azhar, air kelapa boleh dikategorikan sebagai minuman ‘berfungsi semulajadi’. Minuman jenis ini bukan sahaja dapat membekalkan zat biasa untuk nutrisi badan, ia juga boleh mempercepatkan proses rehidrasi untuk meningkatkan kecergasan badan.
Contoh makanan ‘berfungsi’ adalah yogurt dimana ia mengandungi bakteria probiotik yang baik untuk pencernaan.
Contoh minuman ‘berfungsi’ pula ialah air kelapa, dimana ia mengandungi elektrolit yang penting untuk penghidratan. Air kelapa juga mengandungi kandungan gula untuk membekalkan tenaga untuk badan. Air kelapa boleh memberi penghidratan yang maksimum yang diperlukan tubuh badan kerana elektrolit yang dikandunginya sesuai untuk fungsi ini.
KEPENTINGAN ELEKTROLIT KEPADA BADAN
"Air kelapa mengandungi elektrolit penting seperti natrium, kalsium, kalium, dan magnesium dan merupakan pilihan yang sempurna untuk anda kekal segar, kekal terhidrat, dan kekal bertenaga sempena berpuasa."
Elektrolit adalah mineral yang mempunyai caj elektrik yang penting untuk kesihatan kerana ia mengimbangi jumlah air dalam badan kita. Elektrolit dipam ke dalam dan keluar sel dan oleh kerana air terikat kepada elektrolit, ia mengikut elektrolit ke dalam dan juga ke luar sel.
Proses ini memastikan rehidrasi yang cekap, membantu keseimbangan dan kawalan paras asid dalam tubuh dan pembuangan toksin dari sel-sel badan kita. Elekrolit juga berfungsi untuk memastikan bahawa saraf, otot, jantung dan otak kita berfungsi dengan seelok-eloknya.
"Negara kita mempunyai banyak keajaiban tropika, namun kita sering mengalih perhatian ke buah-buahan seperti oren, epal dan kranberi. Sudah tiba masanya untuk mengutamakan tabiat penghidratan dengan sumber buah tempatan kita iaitu air kelapa," kata Profesor Azhar.
"Air kelapa bukan sahaja lazat, ia juga mengandungi elektrolit yang penting untuk kesihatan. Saya tidak pasti mengapa ramai diantara kita yang tidak lagi sedar keajaiban buah tempatan kita ini!”
PEMBONGKARAN MITOS: AIR KELAPA SEGAR lwn AIR KELAPA DIPROSES
Elektrolit memang dengan secara semulajadinya wujud di dalam air kelapa. Oleh itu, kandungan elektrolit dalam air kelapa yang sudah dikotakkan tidak akan terjejas walapun sudah melalui pemprosesan. "Air Kelapa terproses seperti Air Kelapa KARTA walaupun sudah diproses, ia tetap mengandungi segala keajaiban air kelapa kerana nutrien dan elektrolitnya dipelihara dengan sebaik-baiknya disebabkan oleh kemajuan teknologi," kata Profesor Azhar.
CARA-CARA UNTUK MENINGKATKAN MANFAAT AIR KELAPA
Profesor Azhar berkongsi beberapa tip untuk memaksimumkan manfaat penghidratan dengan air kelapa di bulan Ramadan: "Jika kurma mempercepat penghasilan tenaga, air kelapa mempercepat penghidratan."
1. Minum air kelapa 5 - 10 minit sebelum akhir waktu sahur (Imsak).
2. Seperti yang disunatkan oleh Nabi Muhammad SAW di bulan Ramadan, berbukalah dengan beberapa biji buah kurma (contohnya 3 atau 5 butir). Untuk penghidratan, kita kini boleh memilih air kelapa. Jika kurma mempercepat penghasilan tenaga, air kelapa mempercepat penghidratan, yakni kemasukan air ke dalam tubuh. Gabungan ini memastikan penyerapan cecair yang maksimum untuk badan kita lalu menggantikan kehilangan air yang dialami akibat berpuasa. Air kelapa boleh membantu penyerapan nutrien dari buah kurma yang kaya dengan glukosa dan fruktosa ke dalam tubuh kita untuk menyegarkan diri untuk persiapan solat Maghrib, Isya’ dan Tarawih.
3. Selain memilih untuk mengambil air kelapa segar anda juga boleh mengambil Air Kelapa KARTA di antara waktu iftar dan sebelum waktu tidur untuk kekalkan penghidratan. Air Kelapa KARTA telah sedia dipek untuk terus diminum tanpa perlu bersusah-payah mengupas dan memecahkan buah kelapa untuk mendapatkan airnya.
TAHUKAH ANDA?
"Pengambilan air kelapa yang kerap dapat membantu menstabilkan tekanan darah dan menyejukkan tubuh."
- Kandungan dalam pek 1 Liter Air Kelapa KARTA berharga RM 7 – RM 8 adalah lebih kurang sama dengan air kelapa yang diperolehi dari 3.5 biji kelapa muda.
- Air kelapa mengandungi banyak nutrisi dari tanah. Ini kerana pokok kelapa menyerap air dan elektrolit dari tanah melalui akarnya dan ia kemudian diserap, ditapis lalu disimpan di dalam buahnya.
- Tidak seperti minuman penghidratan sukan yang ditambah garam mineral dan hanya sesuai untuk diminum oleh seseorang yang giat aktif, air kelapa yang dipenuhi oleh elektrolit semulajadi untuk penghidratan harian dan boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja.
- Air Kelapa KARTA diperbuat dari 100% air kelapa, tanpa pemanis, pewarna, atau pengawet. Teknologi Pembungkusan yang digunakan ialah Pek Aseptik Tetra Prisma® dapat mengelakkan pencemaran ketika dalam proses pembungkusan dan pemindahan supaya khasiat air kelapa dari kurniaan alam semulajadi dapat dipelihara dengan sebaikbaiknya. Namun begitu, selepas pek Air Kelapa KARTA dibuka, ia perlu disimpan di dalam peti sejuk dan dihabiskan dalam masa 24 jam.
- Pengambilan air kelapa yang kerap dapat membantu menstabilkan tekanan darah dan menyejukkan tubuh
- Air kosong selalunya elok diminum dengan suhu yang suam kerana air yang suam lebih elok untuk penghidratan memandangkan sifat regangan permukaannya yang lebih rendah dari air sejuk. Namun air kelapa boleh diminum dengan suhu yang sejuk tanpa menjejaskan kesan penghidratan.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang manfaat luar biasa KARTA, layari http://www.karta.com.my/ atau ikuti KARTA di Facebook untuk promosi Ramadhan yang sedang berlangsung!
0 comments
Post a Comment