Home /
Global /
Safe /
Semasa /
(Video) Bayi 10 Bulan Maut Jatuh Eskalator Setelah Terlepas Daripada Pangkuan Ibu Dan Bapanya Yang Leka Berselfie
Tuesday, May 15, 2018
(Video) Bayi 10 Bulan Maut Jatuh Eskalator Setelah Terlepas Daripada Pangkuan Ibu Dan Bapanya Yang Leka Berselfie
Date - May 15, 2018
Global
Safe
Semasa
Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan maut terjatuh daripada eskalator ketika ibu dan bapanya sibuk berswafoto. Bayi itu dikatakan terlepas daripada pangkuan ibunya dalam satu kejadian yang berlaku di India.
Dalam satu rakaman kamera pengawasan litar tertutup, pasangan itu dilihat sedang berswafoto di hadapan sebuah kedai berdekatan dengan eskalator teserbut. Mereka kemudian beredar sebelum menuju ke eskalator untuk ke kedai seterusnya.
Katika itu, wanita tersebut dilihat memangku anaknya dengan menggunakan sebelah tangan sebelum bayi malang tersebut tercampak ke luar eskalator. Mereka dilihat cemas dan orang ramai bergegas untuk menghulurkan bantuan.
Menurut seorang peniaga yang menjadi saksi kejadian, dia mendakwa melihat suami itu mengajak isterinya berswafoto ketika hendak menaiki eskalator tersebut. Tiba-tiba, wanita itu dilihat hilang keseimbangan dan ketika itulah kejadian tersebut berlaku.
Rakaman itu menunjukkan bayi itu pada mulanya terhantuk pada palam besi sebelum jatuh diantara celah-celah eskalator dengan tepi lantai.
Para peniaga yang panik juga dilihat mengkerumuni tempat kejadian untuk melihat apa yang berlaku.
Bayi itu kemudian dikejarkan hospital namun disahkan telah meninggal dunia. Pihak polis yang hadir ke lokasi kejadian kini sedang menjalankan siasatan.
''Ia jelas satu kemalangan.
''Pihak keluarga bayi malang itu enggan mengambil sebarang tindakan memandangkan ia adalah kemalangan,'' kata pihak berkuasa.
Pasangan itu dikatakan baru sahaja menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik berdekatan sebelum mengambil keputusan untuk bersiar-siar di dalam pasar raya tersebut.
Ia adalah kejadian kedua dalam masa terdekat apabila seorang kanak-kanak maut terjatuh dari pangkuan ibunya dari tingkat dua, di Mumbai.
Sumber : Dailymail
Share this
Related Articles :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Seperti ramai kita tahu [penyanyi antarabangsa dari Malaysia Yuna dan pasangannya Adam Sinclair telah mengadakan majlis resepsi pada 26 Janu...
-
Seorang lelaki daripada Brazil, Marcio Mizael Matolias, 44, memutuskan untuk mendiami istana pasir dikawasan mewah Rio De Janeiro sejak 22 t...
-
Seorang wanita tahun tahun lalu telah menjadi buah mulut netizen melalui media sosial kerana resepi susu pekat manis buatannya sendiri telah...





0 comments
Post a Comment