Home /
Hiburan /
Safe /
Semasa /
"Orang Gila Tak Tahu Beza Dosa Pahala'', Ustaz Kazim Kata Iqram Masih Waras Cuma Sukar Difahami
Tuesday, January 2, 2018
"Orang Gila Tak Tahu Beza Dosa Pahala'', Ustaz Kazim Kata Iqram Masih Waras Cuma Sukar Difahami
Date - January 02, 2018
Hiburan
Safe
Semasa
Menerusi satu rakaman Instagram yang dibuat semalam, Iqram Dinzly, 36, membuktikan kepada orang ramau bahawa dirinya bukanlah seorang yang gila seperti kecaman yang dilontarkan oleh segelintir netizen setelah meminta pendapat daripada penceramah terseohor, Datuk Ustaz Kazim Elias.
Dalam rakaman tersebut, Ustaz Kazim dilihat berkata bahawa Iqram masih waras kerana sedangkan orang gila adalah individu yang tidak tahu membezakan antara dosa dengan pahala.
“Iqram tidak gila cuma sukar difahami. Orang gila tidak tahu dosa pahala dan tidak sedar dengan apa yang berlaku di sekelilingnya.
“Iqram masih waras dan masih terasa hati dengan kecaman yang dibuat orang ramai tanpa mengetahui cerita sebenar,”katanya.
Tindakan Iqram sebelum ini antaranya berkongsi video yang memaparkan beberapa aksinya yang pelik selain berbau lucah di akaun Instagram mendapat kecaman daripada netizen yang menyifatkan dirinya sebgai gila.
Malah perubahan fizikalnya yang semakin kurus selain turut gemar memakai pakaian bewarna hitam dan berserban hitam besar turut menimbulkan persoalan. Ada yang mendakwa keadaan Iqram ketika itu disebabkan tekanan emosi berikutan beberapa masalah yang dihadapinya termasuklah kematian ayahnya.
Terbaru, Iqram berkongsi sekeping gambar baru dengan tulisan kalimah Allah di dahinya dan memberitahu bahawa pertanyaan lanjut mengenai dirinya hanya akan dijawab menerusi pertemuan yang berlaku di rumahnya di Ipoh, Perak.
“Sebarang pertanyaan akan dijawab jika media datang bertemu saya di rumah supaya ia diterangkan dengan jelas dan tepat,” katanya.
Pada masa yang sama juga Iqram juga menjelaskan bahawa dia tidak lagi mahu dikenali dengan nama Iqram Dinzly, sebaliknya dikenali sebagai Prinxchiqy Dinzly.
Sumber : Kosmo! Online
Share this
Related Articles :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Wanita moden kini semakin berpengetahuan dan ambil tahu akan kepentingan menjaga kesihatan untuk mengelakkan sebarang risiko penyakit membun...
-
Rata-rata ibu bapa menginginkan yang terbaik buat anak mereka. Namun, atas sebab-sebab tertentu seperti keadaan ekonomi keluarga yang tidak...
-
Bagi orang yang sentiasa bersedia dalam apa jua situasi, wajib untuk mereka merancang kewangan yang betul jika berdepan dengan sebarang kece...
0 comments
Post a Comment