Home /
Safe /
Semasa /
Pelajar Sekolah Maut Dilanggar Van Langgar Lampu Isyarat, Telefon Bimbitnya Pula Dicuri Lelaki Pura-Pura Untuk Membantu
Tuesday, January 2, 2018
Pelajar Sekolah Maut Dilanggar Van Langgar Lampu Isyarat, Telefon Bimbitnya Pula Dicuri Lelaki Pura-Pura Untuk Membantu
Date - January 02, 2018
Safe
Semasa
Seorang remaja lelaki lengkap dengan pakaian sekolah menemui ajal apabila terlibat dalam kemalangan di hadapan sebuah pusat membeli belah di Jalan Tun Abdul Razak di Johor Bahru.
Seorang saksi yang hanya dikenali sebagai Harry Cyclone, yang memuat naik kejadian tersebut di laman Facebook miliknya mendakwa sebuah van telah melanggar remaja tersebut, yang dipercayai pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki berusia 16 tahun sekitar jam 2 petang sebentar tadi.
Dakwanya lagi, pemandu van tersebut didapati melanggar lampu isyarat merah sebelum merempuh mangsa yang menunggang motosikal.
Ujarnya, seorang lelaki kemudian tiba-tiba muncul dan berpura-pura mahu membantu dengan memeriksa telefon bimbit milik mangsa sebelum mencuri telefon bimbit tersebut.
''Kepalanya berdarah dengan banyak dan orang ramai berusaha membantunya. Kemudian datang seorang lelaki, secara tiba-tiba memeriksa telefon bimbit remaja tersebut untuk menghubungi orang tuanya, tetapi sebaliknya dia mengambil telefon bimbit tersebut dan melarikan diri,'' kata Harry Cylone dalam perkongsiannya di Facebook.
Perkongsian tersebut dimuat naik di laman JB Tracer: Johor Baru Traffic, Crime and Community Service Report.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan pihaknya kini sedang menjalankan siasatan.
Sumber : The Star, Harry Cyclone
Share this
Related Articles :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Seorang lelaki daripada Brazil, Marcio Mizael Matolias, 44, memutuskan untuk mendiami istana pasir dikawasan mewah Rio De Janeiro sejak 22 t...
-
Seperti ramai kita tahu [penyanyi antarabangsa dari Malaysia Yuna dan pasangannya Adam Sinclair telah mengadakan majlis resepsi pada 26 Janu...
-
Wanita moden kini semakin berpengetahuan dan ambil tahu akan kepentingan menjaga kesihatan untuk mengelakkan sebarang risiko penyakit membun...


0 comments
Post a Comment