Ratusan peniaga di Pasar Borong Selayang bukan saja didominasi oleh rakyat tempatan malahan warga asing. Menjual longgokan barangan basah seperti makanan laut dan sayuran, peniaga rakyat asing itu menjadikan medium itu dengan menipu pelanggan yang terdiri daripada rakyat tempatan.
Bukan saja pernah mengaku mendapatkan bahan mentah itu daripada peniaga dalam pasar pada harga murah kerana hampir rosak atau bekalan lama, mereka juga menjualnya dengan harga yang mahal serta menjualnya dengan kiraan timbangan yang tidak betul.
Perkongsian daripada Naey Lotfi menceritakan pengalaman berurus niaga dengan peniaga rakyat asing yang telah mengenakan harga mahal serta menipu kiraan timbangan dengan mengurangkannya apabila ditimbang semula.
TIPU TIMBANG KILO
Assalamualaikum semua..Bagi sesiapa yang suka membeli belah barangan basah di pasar borong selayang..Silalah BERHATI-BERHATI...Semoga cerita kami menjadi iktibar buat anda semua.
31/3/2018 [Sabtu]
Sekitar jam 10 pagi,di Pasar Borong Selayang kami telah membeli udang sebnyak 1 KG dengan harga rm30/KG.. Setelah tawar menawar saya memperolehi dengan harga rm28/Kg. Ketika itu tiada yang meragukan memandangkan mereka memaparkan timbangan sebnyak 1 KG bagi udang yang di beli..dan mereka meletakkan ais di dalam plastik udang tersebut. Pada masa itu, saya hanya memikirkan mungkin tujuannya untuk udang itu bertahan lama.
1/4/2018 [Ahad]
Terdetik untuk saya menimbang balik udang yang dibeli semalam memandangkan di rumah saya ade timbangan yg dibeli untuk buat kek n biskut..So surprisingly,timbangan hanya menunjuk sebanyak 500g...Sedangkan saya beli semalam sebnyk 1Kg...Panasss bebbb kene tipu... Then,lepas itu husband ajak pergi balik ke Pasar Borong Basah Selayang bg menegakkan keadilan la kekononnya. Saya pasti ramai yang telah tertipu dan tujuan sy post ni bertujuan untuk mengajak orang ramai berhati-hati dalam urusan jual beli dengan BANGSA diorang..
So,kami membawa udang yang dibeli semalam bersama dengan timbangan dari rumah menuju ke lokasi membeli semalam..Walaupun diorang pada hari ini bertukar lokasi di sekitar Pasar Borong basah Selayang itu juga, tetapi kami masih cam muka-muka tersebut...dan cuba untuk menuntut hak kami dan menasihat mereka untuk membuat timbangan yang betul..Pada mulanya,mereka berdolak dalih dan akhirnya akur dan menggantikan balik udang tersebut sebanyak 500g lagi..
KESIMPULANNNYA, pihak berkuasa perlulah memantau kegiatan jual beli dengan menyelaraskan sistem timbangan yang digunakan bagi memastikan TIADA UNSUR PENIPUAN dan masyarakat perlulah BERHATI-HATI.
Lokasi:Pasar Borong basah, Selayang
0 comments
Post a Comment