Friday, May 25, 2018

7 Tips Nak Makan Buffet Tanpa Rosakkan Diet Serta Boleh Bakar Hampir 100 Kalori


Bulan puasa ni banyak sangat restoran dan hotel yang menawarkan promosi pakej buffet dengan harga yang paling rendah sehinggalah yang paling tinggi dengan variasi makanan tradisi.

Mesti susah nak kawal nafsu bila tengok semua makanan yang dihidangkan. Daripada menu pembuka selera sehinggalah pemanis mulut. Kalau yang tengah berdiet tu, takkan nak tengok je orang makan? Dahla dah bayar mahal.

Bila dah tahan lapar 14 jam, perut dan tekak pun mesti tewas. Akhirnya, musnahlah diet dan misi kurus sebelum raya turut kecundang ditengah jalan.

Jadi, bagaimana kita nak kawal pengambilan makanan bila makan buffet tanpa rosakkan diet?

1. Bahagikan 'Portion' Makanan



Cara ini memerlukan disiplin yang sangat tinggi, kalau main senduk je makanan, 'confirm' melimpah-ruah lauk-pauk dalam pinggan.

Apa yang korang boleh buat adalah dengan bahagikan pinggan kepada beberapa bahagian supaya kita dapat isi separuh atau tiga suku penuh dengan sayur. Kurangkan bahagian nasi, dan sederhanakan bahagian protein.

2. Pilih Makanan Rendah Kalori

Ramai yang ingat kuih-muih bergoreng mempunyai kalori rendah. Korang salah! Kuih-muih kebanyakkannya mempunyai kalori tertinggi kerana bahan asas yang digunakan adalah daripada tepung dan bergoreng.

Jadi, cuba pilih makanan segar (tak digoreng) seperti salad, sup, pasta, dimsum dan sebagainya.

3. Ambil Yang Kukus, Grill, Panggang! Kukus, Grill, Panggang!



Hidangan jenis ini biasanya mempunyai kurang lemak tambahan dan garam. Tap janganlah daripada pukul 7 malam sampai 11 malam makan hidangan jenis ini saja ya! Selang-selikan dengan buah dan sayuran juga.

4. Saiz Portion Jangan Lupa!



Kalau makanan yang diambil adalah terdiri daripada makanan yang berkhasiat, takla rasa bersalah sangat nak ambil dengan saiz yang besar.  

Korang kena fokus dengan portion makanan kalau nak cuba semua makanan buffet yang terhidang tu.

5. Kurangkan Makanan Yang Diperap, Sos



Elak ambil hidangan salad yang dah diletakkan 'dressing' siap-siap.  Kalau boleh ambil 'dressing' yang berasaskan 'vinaigrettes' atau minyak zaitun.

6. Jangan Longgok Makanan Depan Muka


Perut kita bukan tong sampah tau! Jadi, kena banyak bersabar dengan makanan-makanan yang ditawarkan dari meja buffet.  

Ambil satu-satu, kawal 'portion' dan kunyah makanan dengan baik.  Berhenti bila kenyang. 

7. Duduk Jauh Dari Meja Buffet



Walaupun ramai yang berebut-rebut nak duduk dengan meja buffet, tapi secara logiknya, kalau meja korang jauh dari tempat buffet, korang akan berulang-alik lebih 10 kali untuk mendapatkan makanan. 

Dalam 10 kali korang ulang-alik tu, korang dah boleh bakar hampir 100 kalori tanpa sedar.  Jadi, susun strategi, pilih meja sekurang-kurangnya lebih kurang 40 kaki dari meja buffet.  Sambil makan, sambil 'exercise'.

Siakapkeli.my

Sumber: Jillian Michaels

0 comments

Post a Comment