Seekor anak gajah tidak dapat melepaskan seorang pelancong kerana mahu 'bermain' sebelum dibawa untuk menunggangnya.
Rakaman lucu ini diambil ketika Jane Hight McMurry, salah seorang pelacong Amerika mengunjungi Thailand untuk merasai pengalaman menunggang gajah.
Video itu menunjukkan anak gajah tersebut cuba memanjakan dirinya dengan merehatkan kepalanya diatas riba Jane. Jane yang kemudiannya cuba untuk menjauhkan dirinya gagal apabila anak gajah itu merangkul kakinya menggunakan belalai.
Ini mungkin merupakan pengalaman paling manis buatnya kerana dapat menyaksikan seekor anak gajah yang sangat menyukainya sehingga tidak mahu melepaskan dia pergi.
Hutan utara di Thailand merupakan salah satu destinasi pelancongan paling popular bagi mereka yang ingin melihat gajah liar yang berkeliaran di habitat semulajadi mereka.
Siakapkeli.my
Sumber: Daily Mail
0 comments
Post a Comment