Home /
Global /
Safe /
Semasa /
(Video) Detik Tragis Tiga Sahabat, Pasang Kamera Untuk Rakam Aksi Mandi Di Kolam, Tapi Terakam Detik Kematian Mereka
Wednesday, May 23, 2018
(Video) Detik Tragis Tiga Sahabat, Pasang Kamera Untuk Rakam Aksi Mandi Di Kolam, Tapi Terakam Detik Kematian Mereka
Date - May 23, 2018
Global
Safe
Semasa
Tiga orang sahabat secara tidak sengaja telah merakam sendiri babak dimana-dimana ketiga-tiga lelaki tersebut lemas dan maut ketika mandi di sebuah kolam terbiar. Dipercayai mereka pada mulanya berniat untuk merakam aksi mereka berenang di kolam tersebut.
Chetan Khatik, 28, Sudarshan Chandel, 22, dan Radheyshyam Khatik, 27, berhenti sebentar di kolam itu ketika keluar beriadah dengan berbasikal di bandar Rajsamand di Rajashtan, India.
Walaupun ketiga-tiga mereka tidak pandai berenang, mereka tetap mencuba untuk berenang di dalam kolam dalam di Gauri Dham Kund.
Sebelum kejadian tersebut berlaku, salah seorang daripada mangsa telah meletakkan telefon bimbitnya dalam tetapan merakam di atas permukaan dipercayai batu. Rakaman awal selama tiga minit tersebut merakam detik mereka bergelut di dalam air dan perlahan-lahan tenggelam ke dasar kolam.
Kejadian itu bermula apabila salah seorang daripada mereka terjun ke dalam kolam, mangsa mula menunjukkan tanda-tanda mahu lemas, menyebabkan kedua-dua orang lagi rakannya turut terjun ke dalam kolam itu bagi menyelamatkan mangsa yang terkapai-kapai.
Bagaimanapun, dua lagi mangsa yang terjun kemudian turut mengalami nasib yang sama. Tidak lama kemudian, melalui rakaman tersebut dapat dilihat ketiga-tiga mereka saling berpaut antara satu sama lain dalam usaha untuk menyelamatkan diri hinggalah seorang demi seorang mula tenggelam dan lemas.
Nasib yang menimpa ketiga-tiga mangsa hanya disedari apabila keluarga mereka yang risau dengan kehilangan mereka telah membuat laporan polis. Siasatan polis akhirnya membawa kepada penemuan jasad tiga sahabat itu di dasar kolam tersebut.
''Ketiga-tiga mangsa mempunyai pertalian darah dan mengenali antara satu sama lain,'' kata pegawai penyiasat, Rajender Godara.
Pihak polis kemudian menemui telefon bimbit salah seorang mangsa dan dapat mengenal pasti punca kehilangan mereka. Ketiga-tiga mangsa lemas dalam masa kurang tiga minit.
''Chetan dilihat bergerak ke kawasan lebih dalam kolam dan mula terkapai-kapai. Radhey Shyam dan Sudarshan cuba menyelamatkannya, namun gagal dan turut terkorban,'' kata Ramesh Chandel, rakan kepada ketiga-tiga mangsa.
Sumber : Dailymail
Share this
Related Articles :
Menyeramkan, Gigi Dan Rambut Anak Patung Misteri ini Tumbuh Bagaikan Seorang ManusiaSebuah anak patung di Hokkaido dikenali sebagai Okiku yang bermaksud 'Anak Patung Berhantu di Hokkaido' dipercayai berhantu apabila ra ...
''Mahal La Baju RM150, Pilih Yang RM50 Sudahlah!'' - Herdikan Suami Di Depan Orang Ramai Buat Isteri Malang Ini Tunduk MaluSebak dan terkilan. Itu lah hati seorang isteri apabila diherdik oleh suami sedemikian rupa. Manakan tidak, apa yang dipinta oleh iste ...
Ibu Lahirkan Anak Tahun 2017/2018, Jika Mendaftar Di Motherhood.com.my, RM20 Percuma Dan ''Free Gift' Akan Diberikan Kepada AndaSetiap ibu pastinya menginginkan yang terbaik untuk bayi mereka. Segala kelengkapan si manja akan disediakan supaya mereka membesar de ...
Loan Rumah Untuk Staff Kerajaan, Rugi Kalau Tak Guna Sebelum Usia 35 Tahun - Lelaki Ini Kongsi Kelebihan Yang Anda Bakal DapatMembeli rumah adalah impian semua individu. Pembiayaan pula menjadi satu aspek yang kita tak dapat nak elak dalam proses pembelian har ...
Ustaz Minta Maaf Kerana Ketegasan Ustaz Menegur, 'Mengguris' Hati Kalian - Da'i WanBaru-baru ini, video parodi terbaru dari Faiz Roslan dan rakan-rakannya telah menimbulkan kontroversi hangat di media sosial. Ramai ne ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Rata-rata ibu bapa menginginkan yang terbaik buat anak mereka. Namun, atas sebab-sebab tertentu seperti keadaan ekonomi keluarga yang tidak...
-
Wanita moden kini semakin berpengetahuan dan ambil tahu akan kepentingan menjaga kesihatan untuk mengelakkan sebarang risiko penyakit membun...
-
Pelangi merupakan kejadian alam paling indah. Kebanyakan daripada kita melihat pelangi seperti suatu keajaiban disebalik warna-warna yang t...
0 comments
Post a Comment